KUALA LUMPURDr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.


"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.


"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.


Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.


Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.


Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.


Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.


Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.


Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.


Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.


Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.


Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.


Komen wa : Wa percaya semua guru sarjana berkinja gembira tahap gaban apabila membaca berita di atas. Sebagai sarjanawan, wa fikir isu ini patut wa ulas. Wa percaya tahap Ultraman Dyna kalau guru yang tak ada sarjana yang ulas, nescaya ramai rakan-rakan guru pemegang sarjana dan Phd akan menganggap mereka iri hati, jaki, busuk hati dan seangkatan dengannya terhadap golongan cerdik macam mereka [termasuk wa le juga]. Wa fikir, ulasan wa ni pun akan dikatakan iri hati oleh puak guru pemegang Phd kerana wa masih tiada Phd. Wa sebenarnya bukan totally menolak cadangan Dr Mujahid itu. Cuma sebelum bertambah bercelaru wa fikir cadangan itu perlu pertimbangan yang mendalam. Perkara di bawah perlu diselesaikan dahulu sebelum pelbagai insentif patut diberikan.


Isu wa yang pertama ialah berkaitan dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru-guru pemegang Sarjana dan Phd itu sendiri. Persoalannya adakah guru-guru pemegang sarjana dan Phd itu lebih baik mengajar di kelas berbanding guru ijazah sarjanamuda? Kalau lebih baik, wa fikir mereka memang boleh dipertimbangkan untuk mendapat satu, dua atau tiga anjakan gaji. Namun dari segi realitinya wa tengok di beberapa sekolah yang wa pernah mengajar, mereka sama saja dengan guru lain. Tiada yang istimewa, malah ada yang lebih teruk dari guru lulusan diploma perguruanpun. Mengajar asyik duduk saja [nak berdiri mungkin kurang larat - perut dah boroi tahap Sumo]. Tiada yang benar-benar menunjukkan bahawa ilmu mereka telah bertambah. Yang ketara, kalau adapun...apabila sudah ada sarjana dan Phd, mereka lebih pandai bercakap, tapi cakap merekapun standard ketua kampung kawan wa saja. Hujah tanpa isi, main hentam keromo saja. Di sekolah wa, lebih daripada suku guru mempunyai ijazah lanjutan. Namun pencapaian sekolah wa masih sederhana. Di sekolah wa ada 7 kelas tingkatan 4 dan 7 kelas tingkatan 5. Dua kelas yang terbaik adalah pelajar aliran Sains, sementara bakinya pelajar sastera ikhtisas dan sastera teknikal. Yang kelas pandai tetap lulus dan cemerlang, sementara di kelas yang kurang pandai, ramai yang gagal. Keseluruhannya tidaklah cemerlang. So, mana istimewanya guru sarjana dan Phd ini? So, adakah pemberian anjakan gaji kepada mereka ini sekadar satu pemberian suka-suka? Tidak patut bukan?


Isu yang kedua, laluan bagi pemegang sarjana dan Phd di dunia pendidikan sebenarnya ada iaitu mengajar di maktab, matrikulasi, dan IAB, atau lari ke mana-mana pusat pengajian tinggi. Persoalannya mengapa kebanyakan mereka tidak ke sana? Jawapannya ada pelbagai. Ada yang kata mereka tidak mahu meninggalkan rumah dan keluarga di tempat sekarang konon. Pada wa yang sebenarnya adalah kerana mereka sendiri merasakan mereka memang tidak layak duduk mengajar di sana. Mereka sedar bahawa kerja di sekolah tidak serumit di IPT. Mereka malas, malah takut melakukan kerja-kerja penyelidikan. Mereka ngeri untuk membentangkan hasil kajian atau kertas projek di depan rakan-rakan doktor, atau profesor. Di IPT, tugas mengajar tentu lebih sukar kerana mereka akan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pintar, yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Silap-silap anak Menteri Pendidikanpun ada. Silap-silap ada student tanya dalam Bahasa Inggeris, apa yang mereka nak jawap. Silap-silap ada yang terkencing dalam seluar. Almaklumlah sedangkan Bahasa Melayupun tonggang terbalik, inikan pula Bahasa Inggeris.


Isu yang ketiga, ramai guru yang membuat sarjana dan Phd bukan berdasarkan keperluan kerja/sekolah. Mereka ambil kursus ikut syok sendiri. Mereka ambil yang paling senang saja. Bukan nak meningkatkan ilmu tapi nak buat syarat kononnya ada Masters saja dah kira okeylah. So, apa erti ini semua? Adakah sarjana dan Phd yang spesis kangkong ini layak dipertimbangkan untuk menerima anjakan gaji. Semua sedia maklum bahawa permohonan membuat sarjana dan Phd amat mudah bagi guru-guru, apatah lagi di zaman universiti sudah pandai berniaga ini. Yang penting ada duit. Dengan adanya duit [termasuk sesetengahnya sebab dapat tikam nombor ekor], anda boleh ambil sarjana dan Phd sendiri dan kemudian boleh tuntut kenaikan gaji daripada kerajaan. Ramai kawan-kawan wa yang ambil sarjana secara part time. Assignmentpun main copy and paste, tukar cover saja. Merekapun dapat sarjana. Macam tu nak dapat anjakan gaji ke? [Setelah membaca komen wa ni tentu mereka bertambah jaki kat wa – arnab lu musang].


Isu yang keempat, wa percaya sekiranya cadangan tersebut diterima oleh kerajaan, maka barang tentulah akan semua guru ijazah sarjanamuda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Phd. So, masa itu nanti, semua (atau kebanyakan) guru akan berlumba-lumba hendak belajar. So, wa fikir masa itu murid-murid akan terabai sebab sebahagian guru cuti belajar bergaji penuh, sementara yang lain akan belajar secara part time. So, relakah lu semua [yang kat sekolah full time] relief dengan senang hati? Wa fikir kesan itu akan berlaku di sekolah. Selain itu, wa fikir akan ada setengah guru komeng yang akan memalau pelajar mereka untuk membuat assignment untuk mereka. Pelajar form six misalnya, mungkin akan dipergunakan. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak ke tepi, sebaliknya perlu ditolak ke tengah memandangkan sedangkan guru tak menyambung belajarpun, sebahagian tugas perkeranian sudah di swastakan kepada pelajar mereka. Wa bukan kelentong, lu pasti ada terjumpa guru yang mengarahkan murid mereka menstabler kertas-kertas soalan, mengisi markah ujian, mengisi buku rekod kemajuan murid dan sebagainya.


Isu yang kelima, katakan wa yang berada di DG44 atau beberapa orang member wa di DG48 dan masing-masing mempunyai sarjana, so anjakan gaji itu mengikut DG yang mana? Adakah wa mendapat anjakan di gred DG44, sementara kawan-kawan wa tadi mendapat anjakan di DG48? Hah, kalau ini berlaku, maka rugilah wa dan rakan-rakan yang masih berada di DG41. Ini kerana kenaikan gaji kami kecil, sementara kenaikan di gred DG48 lebih besar. Apa yang akan berlaku ialah wa fikir akan ada ramai guru DG41 dan DG44 (termasuk wa) yang akan menyembunyikan sarjana atau Phd dahulu, dan kemudiannya akan menuntut kenaikan gaji apabila sudah berada di DG48 atau gred yang lebih atas. Ini akan mewujudkan budaya yang tidak sihat. Mana boleh guru berbohong? Tu bagi wa lah. hakikatnya tak kurang ramai guru yang kuat mengelentong. Sepanjang 45 minit mengajar, 10 minit saja berkata benar (mengajar), sementara 35 minit habis bercerita dan mengkelentong pelajar murid mereka saja.


Wa fikir 5 isu ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh pihak kerajaan sebelum cadangan itu diterima. Wa bukan politican. Tapi bagi wa, pembangkang boleh kata apa saja, boleh bawa apa saja isu [sedangkan lembupun mereka bela]…janji popular, dan dilihat perihatin. Sedangkan beban yang menanggung adalah pihak kerajaan.


Bagi pemegang sarjana dan Phd, wa fikir kebanyakan merekapun tidaklah mengharapkan sangat balasan material kerana kebanyakan mereka [termasuk wa] belajar adalah untuk mencari kepuasan. Wa percaya yang menuntut lebih-lebih ni mesti kerja guru-guru 25hb, guru yang kuat merunggut kononnya kerja banyak, atau guru yang kuat berkira tentang kerja. Wa percaya guru yang berkualiti tahu di mana tempat yang mereka patut pergi (dan ramai dah pergipun) apabila sudah mdnapat sarjana dan Phd. Kalau tak pergipun, itu atas kehendak sendiri atas alasan teknikal yang tak boleh dielakkan (macam wa). Bagi guru-guru 25hb…tolong rasionalkan mengapa mereka perlu diberi insentif? Adakah kerana mereka fikir mereka penat belajar? Adakah kerana mereka fikir mereka lebih pandai daripada orang lain? Kalau fikir mereka pandai daripada orang lain…buktikan dahulu. Buktikan di dalam kelas. Buktikan dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah – kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain. Buktikan dalam peperiksaan anda sendiri…PTK? Jeng jejeng!
Wa kata yang betul: musangman Labels:
Sunday, December 20, 2009 at 3:06 AM | 5 comments  
Guru cabul murid dihadap ke mahkamah


NIBONG TEBAL: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun.


Anuar Sha''ari, 47, dituduh melakukan melakukan kesalahan itu di kelas muzik di sebuah sekolah rendah di Jawi di antara jam 3 hingga 4 petang pada 17 November lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.


Majistret Mohd Izham Ali, menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Wang jaminan itu dibayar bapa mentuanya.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir manakala tertuduh diwakili peguamnya, Sudesh Singh. - Bernama


Komen wa : Bila membaca berita ini, pertama kali wa tengok kat mana berlaku. Wa menarik nafaz lega, bukan kat daerah atau sekolah tempat anak wa belajar. Emm maknanya bukan anak wa atau anak saudara mara wa yang kena. Cis, tapi memandangkan budak yang kena cabul tu tetap saudara wa (seislam), wa jadi cukup kesian. Nampaknya tempat yang selama ini boleh dianggap selamatpun dah tak selamat. Apa dah jadi dengan sesetengah guru ni? Setelah habis ilmu dicurahkan kepada murid-murid mereka, adakah mereka kehilangan ilmu dan akal, lalu menjadi tolol sehingga tergamak mencabul anak didik sendiri? Setahu wa ilmu bukan macam duit atau harta benda, ilmu semakin diajar kepada orang, ia tak luak. Malah ia semakin mantap, malah memandaikan lagi orang yang mengajar.


Dari sisi lain, wa lihat kes di atas turut menuntut satu mekanisme baru untuk memilih bakal-bakal guru. Emm tak perlulah diletakkan syarat agar semua bakal guru dikasi atau dikembiri. Itu zalim namanya. Wa pun tak sanggup jika dibuat begitu. Ha ha ha.


Pelbagai kaedah tapisan dibuat oleh kementerian untuk memilih guru yang kononnya benar-benar layak.  Wa diberitahu, daripada 100,000 orang calon yang memohon, hanya sekitar 6000 orang atau 7000 orang saja dipilih untuk mengisi kursus-kursus pendidikan, seterusnya dilantik sebagai guru. Malangnya, daripada sejumlah besar calon yang ada, pihak-pihak yang berkenaan masih gagal mengenal yang mana kaca, yang mana manikam. Bodoh sangatkah penemuduga, atau pihak yang memilih itu? Atau sistem memilih itu sendiri tidak berkesan? Daripada seramai itu yang memohon, untuk memilih sekitar 6%-7% bakal guru pun masih tersalah pilih. Mustahil 90% calon lain yang memohon itu jenis yang tak layak. So, apa sudah jadi dengan sistem pemilihan itu?

 

Wa kata yang betul: musangman

Erti Sebenar Guru Cemerlang

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik. Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.


Komen wa: Kalau lu dah setuju, buat apa merunggut lagi. Tolol ko?

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.


Komen wa: Jangan jadi penipu bro. Mana lu dapat anggaran 80% guru hilang fokus untuk mengajar. Lu ada buat kajian ke? Berapa orang lu punya sampel? Ni yang wa tak berapa berkenan dengan perangai kebanyakan guru yang yang main sembrono kasi angka untuk kononnya menguatkan hujah. Profesional sikit bro, kalau tak ada data jangan bercakap macam ada data. Tu penipu namanya. Pesan wa: Jangan samakan orang lain dengan lu yang pemalas.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.


Komen wa: Guru merunggut bukan sebab P&P terganggu. Lu boleh bohong mak bapak kat kampung, atau kat felda, atau kat hulu tembeling nun. Tapi jangan bohong wa. Ramai guru kalau dihantar berkursus di hotel-hotel [kadang-kadang sesetengah tu, mereka yang memohon untuk dihantar berkursus] atau pergi jadi hakim pertandingan itu ini, atau jadi guru pengiring aktiviti kokurikulum, ramai yang bukan main seronok. Ada sesiapa yang fikirkan proses P&P terganggu? Tak ramai bro. Yang terfikir adapun cuma cikgu yang tinggal kat sekolah [kes iri hati dan sakit hati le kena sit in @ relief]. Hujah cikgu ni memang nampak bermotif lain.

Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.


Komen wa : Tugas perkeranian ni apa? Cikgu ke yang buat gaji? Cikgu ke yang keluarkan cek untuk membayar hutang sekolah kepada pembekal? Cikgu ke yang uruskan fail-fail dalam pejabat sekolah – seperti fail peribadi guru, fail kewangan, dan fail perolehan. Aisey bro, pegang 10 buah fail yang berkaitan dengan panitia mata pelajaranpun menganggu P&P. Lu buat kajian kat mana? Kat Papua ke? Kalau lu tak nak uruskan fail, lu cari sekolah kat Afrika bro. Kat sana tak perlu susah-susah nak uruskan fail [mungkin]. Begitu juga semasa P&P, mesti ada pentadbirannya. Mesti perlu dipantau untuk mengelakkan penyelewengan. Mesti ada evidentnya. Apa evident tersebut? Ha Buku Rekod Mengajar. Tu sebab mesti tulis buku rekod mengajar sebelum P&P berlangsung. Kalau lu nak mengajar tanpa ikut peraturan, ikut suka hati lu saja…lu pi mengajar kat Afganistan tu.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.
 

Komen wa: Cikgu ni dah bertambah mengarut. Dia dendam tak dapat naik pangkat kot. Kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah (kurikulum) memang sepatutnya diketuai oleh orang akademik sendiri. Betul-betul biol punya cikgu le mamat ni. Ada cikgu yang rela diketuai [baca:diarah dan diperintah] oleh golongan lain ke – Doktor, Arkitek, Akauntan. Malah kehadiran PTD dalam Jabatan Pelajaranpun kurang disenangi oleh majoriti guru – data dari laporan KPPK tahun lepas].

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?


Komen wa: Biol bertambah tingtong. Cikgu bodoh nan seorang ni nak tutup pintu rezeki guru-guru yang berminat dan berkebolehan dalam pentadbiran. Sebagai guru, doktor, arkitek dan apa jua bidang dalam perkhidmatan awam, kita ada dua lorong, sama ada berkecimpung dalam pentadbiran atau dalam perkhidmatan [contohnya mengajar]. Mana-mana organisasi, ahli organisasi lazimnya lebih gembira ditadbir oleh mreka yang seorganisasi dengan mereka. Contoh dalam bidang perubatan, ramai doktor lebih suka ditadbir oleh doktor sendiri. Begitu juga dengan lawyer, akauntan, dan bidang lain. Orang akademik memang rendah tarafnya [dari segi pangkat dan kuasa], walaupun mereka bergelar Guru Gred Khas C (setaraf JUSA C), berbanding seorang Pengetua DG48. Ini fakta. Hanya orang bodoh yang tak suka ditadbir oleh orang bodoh [mereka suka ditadbir oleh orang pandai. Wakaka].

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak! Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang ‘bestari’, ‘cemerlang’ dan ‘pakar’ ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya.


Komen wa: Wa ingat guru ni pun tak faham tugas-tugas guru le. Mungkin dia pernah mengajar di Irian Jaya. Mungkin kat sana tugas dia cuma meningkatkan prestasi akademik pelajar dia saja. Bagi wa tu cuma cikgu pusat tuisyen saja. Di Malaysia, tugas guru boleh diklasifikasikan kepada bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain. Kalau nak bagi APC kepada guru yang berjaya meningkatkan prestasi murid, memang semua gurupun ada sumbangannya, kecuali guru 25 hb saja. Guru yang mengajar tingkatan 5, pelajar yang diajar dan mendapat A bukan kerja dia seorang saja sebenarnya. Tu semasa budak tu tingkatan 4,3,2 dan 1, siapa yang mengajar. Takkan tetiba budak tu terus pandai membaca dan masuk tingkatan 5 saja. Kenaikan pangkat untuk jawatan pentadbiran memanglah perlukan seseorang yang cemerlang dalam bidang pentadbiran, sementara kenaikan pangkat guru cemerlang memang sepatutnya disebabkan kecemerlangan P&Pnya. Bab inipun guru tersebut tidak faham. Teknik P&P adalah sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P [faktor lain – kemantapan pengetahuan guru, ABM yang digunakan, Pengetahuan sedia ada murid, disiplin murid, dan keselesaan dan kekondusifan kelas]

Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.


Komen wa: Dalam hal ini, realiti mungkin betul tapi ini bukan salah sistem. Salah ketua jabatanlah. Untuk mendapat anjakan gaji, selain daripada lulus PTK tahap A bagi kedua-dua kertas, syarat lain juga perlu dipenuhi, termasuk perakuan Ketua jabatan. Kalau malas masuk kelas, kenapa Pengetua tidak menggunakan tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk menghalang guru tersebut mendapat kenaikan gaji? 


Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar. Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan. Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat ‘melawan ketua’, tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.


Komen wa: Tahniah kepada guru yang sangat konsisten tersebut [pada pandangan guru inilah]. Bolehkah kita katakan konsisten hanya berdasarkan catatan keputusan peperiksaan? Haa yang ni pun wa tak setuju dengan cikgu yang komplen ni. Tetapi apabila guru tersebut [yang komplen] mengatakan bahawa guru-guru dan murid-murid menyanjung dan menghormati guru tersebut, maka wa fikir memang guru tersebut memang guru yang benar. Kesilapannya kerana dia selalu menentang ketua [kenapa? Tiada huraian – sukar wa nak ulas]. Wa fikir ini kes terpencil. Memang ada ketua jabatan yang jenis ini – tak boleh ditegur, suka melabel orang, suka berdendam, tapi puak jenis ni dah hampir pupus. Sebagai guru yang bertanggungjawab, guru-guru lain, perlu bertindak dengan membuat aduan kepada pihak atasan. Ketua Jabatan bukan takde boss kat atas ma.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun? Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.


Komen wa: Memang ada kes guru tak pandai mengajar tapi pandai membodek dapat naik pangkat. Ini wa tak nafikan. Namun jangan lupa, ramai pentadbir juga adalah guru yang pandai mengajar. Memang core business guru adalah mengajar. Tapi wa ingat ini guru tak habis mengaji lagi. Tu sebab masa buat ijazah jangan asyik tuang kelas. Wa dah bagitau tadi, tugas guru bukan setakat mengajar. Tugas guru bukan setakat dalam bidang kurikulum, malah melangkau jauh ke bidang lain dengan tujuan menyokong kurikulum. Setakat pandai mengajar bukan bermakna profesional. Profesional bermakna guru dapat melaksanakan tugas yang diberikan [tugas-tugas yang diberikan – kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain] dengan sempurna dan mencapai tahap yang dikehendaki. Lu carilah satu profesion yang buat satu kerja saja. Ada? Takde beb. Polis misalnya – jaga keselamatan – tapi buat juga tugas lain seperti kempen kemalangan, pendidikan, penyiasatan, ceramah dan sebagainya. Doktor – bukan setakat merawat pesakit, malah turut membuat kertas kerja, kajian penyakit dan sebagainya. Guard (Jaga) juga kena buat kerja-kerja pentadbiran seperti menulis report.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM. Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Komen wa: Piraa mabuk. Guru dilihat tak profesional sebab ada banyak guru macam lu. Asyik merunggut keja banyak, walhal kerja sikit. Kerja menaip dan mengemas failpun diungkit macamlah itu kerja yang sangat berat.  Walhal kalau dibuat secara smart, semester sekali saja beb. Sedangkan Menteri juga kena tengok dan uruskan fail, inikan pula guru. Mana nak taruk muka kalau banyak sangat golongan guru yang macam ni…kerja kecil tapi diadukan macam perkara besar.


Kesimpulan wa : Seorang guru perlu faham tugas mereka yang sebenar. Guru di sekolah bukan seperti guru tuisyen, yang hanya mengajar. Penumpuan P&P guru terganggu bukan disebabkan kerja-kerja perkeranian, tetapi disebabkan SIKAP guru tersebut. Jangan salahkan kerja perkeranian, tetapi salahkan SIKAP dan KOMITMEN guru yang semakin terhakis. 

P/s :Tulisan berwarna     adalah komen penulis dalam Berita Harian.
Tulisan berwarna    adalah komen wa.



Wa kata yang betul: musangman
Hari ini sudah masuk minggu ketiga cuti hujung tahun 2009 berlalu. So, sebelum terlambat wa nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua Guru yang komited mengajar dan bertungkus lumus berusaha memajukan sekolah masing-masing. Cuti ni gunakanlah sebaik-baiknya untuk melapangkan kepala dan minda, agar tahun depan tenaga dan minda dapat di refresh semula dan dapat menjana idea-idea yang lebih hebat. Buat guru yang tak komited, alias guru 25hb, wa tak nak ucap apa-apa sebab cuti ke tak cuti ke sama saja bagi mereka...macam cuti juga.

Bercerita bab cuti ni wa fikir semua cikgu memang bergembira untuk bercuti. Bergembira nak cuti tak salah, itu normal…manusia biasa. Tapi yang hairan bin ajaib bin pelik bin confuse apabila melihat cikgu terlalu excited nak bercuti mengalahkan pelajar pula.. Ini bukan wa tembak-tembak, ni wa cerita benar. Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yang 'berdagang di tempat orang', lagilah pulak...kalau boleh petang Jumaat tu nak cabut balik kampung.Wa ingat bukan 'kalau boleh', malah dah ramai dari puak tu dah betul-betul cabut balik kampung petang Jumaat tu lagi. Siap ada yang mc hari Jumaat. Yang tidak mempunyai kereta sendiri…alasan tiket bas, tiket keretapi atau tiket kapal terbang dah habis. Yang berkereta sendiri, alasan rabun jauhlah, tak boleh pandu malamlah dan sebagainya (dah tau tak boleh pandu malam, siang esok atau esok lagi kan ada). Kesian, macamlah mereka terlalu penting dalam keluarga sehingga sebarang kelewatan balik ke kampung halaman akan merosakkan keceriaan keluarga mereka. Kalau memang ada hal penting seperti keluarga atau diri mereka mengadakan majlis kahwin atau sakit takpe juga, tapi ni takde apa-apa alasan, kecuali rindu konon. Piraalah. Emm itu hak mereka. Yang kesiannya…pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan. Tinggallah murid-murid mereka tu berjuang sorang-sorang tanpa sokongan moral dari guru mata pelajaran tersebut. Kategori cikgu macam ni pun ada.

Ok itu pasal cuti. Takpelah wa abaikan sebab wa pun suka cuti juga. Yang wa paling sadis kat sesetengah guru apabila hari pertama mereka mula bertugas. Lu all mesti perasan mood atau muka kebanyakan guru yang datang mengajar pada hari pertama mana-mana cuti, tak kira cuti akhir tahun, pertengahan semester, pertengahan penggal, cuti raya atau cuti peristiwa… muka masing-masing [kebanyakannya] kelat, tak ceria, ada tu macam siput babi je. Kenapa jadi macam tu? Itulah kalau terlebih bercuti. Sebenarnya bagi wa...berkaitan dengan cuti ni juga, wa dah buat kajian tentang gelagat guru berkaitan cuti ni. Hasil dapatan wa mendapati dalam seminggu cuma sehari saja kebanyakan guru (bukan semua) ada semangat nak mengajar. Hari Isnin...kebanyakan guru letih dan lembik semacam, iyelah hari pertama masuk kerja. Time ni jangan pelajar salah sikit, harus kena denda yang tak sepadan dengan salah. Yang pendiampun pada hari tu boleh menjadi seorang yang pandai berleter [yang kuat berleter pada hari biasa, jangan cakaplah….handikap le hari tu] Hari kedua (Selasa), sesetengah guru masih belum ada mood mengajar, masih moody. Hari ketiga (Rabu) mood baru datang. Mereka mula bertugas dengan sepenuhnya. Hari Keempat (Khamis) mood mula hilang sebab dah ingat nak bercuti. Hari kelima(Jumaat), hati dah jauh dari sekolah. Dalam minda dan hati dan start bercuti. Beginilah yang berlaku dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun sampai sesetengahnya sampai pencen. Macam mana sekolah nak cemerlang? Macam mana masyarakat nak respect kat golongan guru sekiranya masih ramai guru berminda macam tu? Macam mana pelajar nak berminat belajar, sedangkan yang mengajarpun tak minat nak mengajar??

Macam-macam cikgupun ada. Lu fikirlah sendiri.
Wa kata yang betul: musangman

Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran

SAYA merujuk kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom yang menyarankan supaya guru menerima saja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru. Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui mengenai bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas.

Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru sepuluh kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah kita. Inilah yang menimbulkan rungutan guru. 


Apabila proses pengajaran dan pembelajaran terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dalam masa dan tenaga yang terhad.

Tugas perkeranian ini bukan saja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia mengelabui mata pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran daripada kalangan guru yang juga orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik dilonggarkan.


Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik.

AKMAL FAIRUZ,
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA)
Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.


Komen Wa:  
1.Bagi wa, hanya pendidik yang sesuai menjadi pentadbir dalam pendidikan. Ini guru jenis apa...nak mengajar aje, sedangkan pentadbiran hendak diserahkan kepada orang lain. Lu ingat kalau pihak lain mentadbir, kerja-kerja di sekolah semakin baik dan licin ke? Potong jambul wa lah kalau ia jadi semakin baik, malah wa percaya makin cacau merba. Lu tengoklah apa yang berlaku di pejabat tanah yang diuruskan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Lu ingat  kat sana tak banyak kes permohonan tanah yang tertunggak ke? Lu ingat mangsa banjir boleh dapat bantuan serta merta ke? Lu ingat lu ingat lu ingat lu ingat....

Bagi wa hanya pendidik yang sesuai menerajui dunia pendidikan. Kalau berlaku mana-mana masalah di kalangan pentadbir itu bukan kerana salah pendidik (umum), itu silap mana-mana individu yang melantik individu yang salah.




2. Benarkah tugas-tugas perkeranian menyebabkan guru kurang memberi fokus terhadap P&P mereka? Wa fikir isu ni isu kecil. Pada wa, kerja-kerja perkeranian tu hanyalah kambing hitam yang dijadikan senjata oleh sesetengah guru untuk menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan P&P. Apa dia kerja-kerja perkeranian yang dibuat oleh guru? Ambil attendance pelajar? Kutip yuran? Menyelia fail panitia? Mengindahkan kelas? Menghantar surat amaran? Besar sangat ke kerja-kerja macam tu?


Wa tak setuju langsung dengan hujah yang diberi oleh Sdra Akmal ni. Itu semua hujah penipu dan tolonglah jangan jadi seperti sesetengah orang politik yang tahu dia berbohong, tahu orang tahu dia berbohong tapi masih tetap nak berbohong.Kalau difikirkan secara rasional dan ikhlas, apakah kerja-kerja perkeranian yang dibuat oleh guru? Adakah benar tugas-tugas perkeranian terlalu membebankan guru sehingga menyebabkan proses P&P terabai? Wa percaya kalau kerja-kerja perkeranian tersebut telah dikurangkan atau ditiadakan, tahap pelaksanaan P&P kebanyakan guru tetap sama macam ketika mereka kononnya dibebankan oleh tugas-tugas perkeranian. Mungkin masa itu, untuk menutup kelemahan dan kepemalasan mereka, maka perkara lain akan dikambinghitamkan. Mungkin kalau tiada apa-apa yang boleh menjadi kambinghitam, penyapu dalam kelas, atau kipas dalam kelaspun akan dipersalahkan.


Kalau cakap wa bohong, tunjukkan pada wa kerja yang susah dilakukan oleh guru....


Wa kata yang betul: musangman
Muhyiddin lancar Standard Guru Malaysia


TAWAU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau di Balung dekat sini.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SGM adalah garis panduan bagi pembangunan profesionalisme guru berasaskan tahap kecekapan yang diperlukan.


Katanya, pelaksanaannya adalah berpandukan dua elemen iaitu standard dan keperluan.


"Semua guru boleh menggunakan SGM untuk mengukur dan menaksir prestasi kendiri, di samping menentukan keperluan latihan serta perkembangan profesional kerjaya berasakan prinsip pembangunan kerjaya berterusan," katanya.


Komen awal wa: Semua guru sebenarnya sedia maklum akan ciri-ciri dan keperluan yang sepatutnya ada pada mereka apabila bergelar guru. Guru Yang bermasalah juga sebenarnya tahu bahawa mereka tidak memiliki ciri-ciri dan keperluan yang perlu dimiliki. Tapi demi 25 haribulan, demi nak bayar duit kereta Honda Civic, demi nak sara anak bini, mereka tetap melaksanakan tugas ala kadar. So, apa yang nak dihairankan dengan SGM? Wa fikir DS Muhyidin cuma nak tekankan perkara tersebut semula, sementara isinya tetap benda yang sama. Ramai guru yang memang lupa tentang peranan guru yang dipelajari di universiti atau di maktab. Itulah bila dah berkhidmat bukan nak aplikasikan apa yang mereka pelajari, sebaliknya cuma tahu kondem 'apa yang dipelajari tidak relevan dengan sekolah.' Kambing punya orang.

Wa nak ambil contoh dalam pengurusan fail panitia kat sekolah. Aspek-aspek yang perlu ada dalam setiap fail (10 buah fail semuanya) telah dihighlightkan oleh JPN atau pihak nazir dengan menggunakan borang tertentu. Dan borang ini juga wa percaya sudah sampai ke sekolah dan guru tersebut juga telah dimaklumkan. Tetapi lu fikir guru-guru laksanakan tugas ikut keperluan yang dikehendaki melalui borang tu ke? Potong misai wa kalau mereka buat. Tu pasal apabila nazir atau pegawai dari jabatan datang, masing-masing gelabah semacam...terasa nak terkucil nak terberak, nak terkentut...semua ada. Begitu juga dengan pengurusan P&P, ada borang yang disediakan sebagai panduan. Lu ajarlah guna pelbagai kaedah, strategi, taktik dan pendekatan - dari masteri sampai le ke kajian masa depan - tapi elemen-elemen dalam borang pencerapan P&P perlu lu implementasikan dalam P&P lu. Baru le betul mengajar. Tapi realitinya semua ada guru buat? Hampeh, potong bulu hidung wa kalau mereka semua buat. Wa berani buat kesimpulan - kebanyakan guru buat pandai sendiri saja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam bab mengajar. Bukan sedikit cikgu yang dalam sepanjang 2 masa P&P berlangsung...mereka saja yang bercakap dan membebl, murid mendengar saja, tiada soalan dikemukakan kepada pelajar, dan tiada latihan diberi kepada pelajar. P&P apa macam tu? Bagi wa itu cuma pengajaran saja, bukannya pengajaran dan pembelajaran (P&P). Wa bukan nak tuduh-tuduh...wa lihat sesetengah guru kat sekolah wa yang masuk mengajar langsung tak menyoal murid mereka, tak ada induksi dan penutup. Lepas tu bila murid tak lulus...teruskan salahkan pelajar bodohlah...banganglah...keturunan tak boleh diajarlah, hakikatnya cara guru mengajar adalah punca utama murid tak faham. Memanglah murid tak pandai, kalau murid masing-masing dah pandai dan dah boleh selesaikan latihan sendiri, tak perlulah ada guru lagi tau. Buat menghabih ke boras je.



Okey, kita tunggu perincian Standard Guru Malaysia nanti....
Wa kata yang betul: musangman

TIMBALAN Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid tidak terjejas. Guru semberono bermaksud guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah.

Sebenarnya bukanlah susah sangat mengenali guru jenis ini. Secara umum sebahagian besar tenaga pengajar sekarang adalah guru yang bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa memberikan kerjasama.

Bukan mudah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti lengkap. 


Oleh itu elok guru berprestasi rendah ini ditempatkan di pejabat pendidikan. Malah, pegawai kanan atau pegawai atasan di pejabat pelajaran dapat 'mengawasi' dan membimbing guru bermasalah ini.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.


Komen Wa: Wa fikir si Zin ni memang jenis 'penin' le. Ada ke patut guru yang bermasalah diletakkan di PPD. Wa tak setuju membiarkan guru yang bermasalah ini bermaharajalela di PPD. siapa kata pegawai di PPD boleh mengawasi guru tersebut. Ingat pegawai tu tak ada kerja lain ke. Silap-silap banyak program terbengkalai kerana terpaksa menguruskan guru bermasalah tersebut. Selain itu, sesiapa yang bertugas di PPD, masing-masing ada jawatan sama ada jawatan itu wujud, atau sebagai pegawai sangkut. Dan kalau hendak menempatkan guru bermasalah, mereka perlu mengisi jawatan tersebut. So, relakah anda berpegawaikan orang yang bermasalah? Wa fikir murid-murid pendidikan khaspun tak ingin berguru atau berpegawaikan orang yang bermasalah. So, apabila berada di PPD, guru bermasalah tersebut takkan hanya makan gaji buta saja, tentu mereka juga akan diberikan tugas-tugas tertentu, yang akhirnya akan menyebabkan mereka menjadi penyelaras . Ada ke patut guru yang bermasalah dibiarkan meng'handle' atau menyelaraskan program yang akan dilaksanakan oleh guru yang tidak bermasalah. Mana logik idea tu.  Wa ingat kalau si Zin tu nak aplikasikan idea 'kering darah' dia tu, wa mintak dia praktik dulu dalam komuniti dia dulu le. Kalau dia duduk di mana-mana kampung di Pontian tu, silalah lantik mana-mana penyamun, gangster, kaki raba, kaki ngendap, kaki pemalas dan kaki melepak yang ada dalam kampung dia dalam JKKK, lagi baik kalau terus lantik mereka sebagai pengerusi JKKK. Kalau dia hasilnya memang positif, barulah dia cadangkan balik kat Kementerian Pelajaran berkaitan dengan penempatan guru bermasalah di PPD.


Pada wa guru bermasalah perlu didefinisikan dengan tepat. Perlu ada jawatankuasa atau tribunal yang dianggotai oleh orang yang berkelayakan - adil, saksama, berpengetahuan dan empati. Dari pengalaman wa le...ada tiga kategori guru bermasalah. Yang pertama, guru yang memang bermasalah - disebabkan sikap engkek (ego dan bodoh sombong paras gila babi). Mereka ini merasakan mereka betul saja dan bekerja ala kadar saja. Mereka ini jenis yang tiada minat, tiada komitmen nak memajukan sekolah, tiada keinginan nak bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk membuat perubahan di sekolah. Jenis ini 'berkira' tentang kerja. Tapi dalam bab gaji dan bonus jangan nak usik sikitpun. Yuran PSKPP RM 3.00pun diungkit sampai bertahun-tahun.


Kategori yang kedua ialah cikgu yang menghadapi ujian Allah - berpenyakit yang kronik selepas berkhidmat. Guru jenis ini memang sudah hilang kemampuan nak mengajar tetapi masih memerlukan kerja untuk menyara hidup diri dan keluarga.  Ini yang kita sebenarnya serba salah...kesian ada, boringpun ada sebab asyik kena relief kelas dia saja.


Kategori yang ketiga pula bermasalah dengan pihak pentadbir sahaja, sementara dengan pelajar atau rakan sejawat mereka ok. Mereka cuma tak begitu digemari oleh Pengetua, GPK1 atau pentadbir yang lain saja. Mereka ini mungkin agak laser menegur kepimpinan sekolah, atau lantang dalam mesyuarat. Ada sesetengah tu lantang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, seterusnya dapat memberikan idea yang lebih baik. Wa fikir kalau Pengetua yang profesional, mereka tentu menghargai golongan guru jenis ini. Cuma mungkin ada sesetengah Pengetua yang agak emosional yang tidak boleh menerima kritikan (biasanya Pengetua perempuan kot...suka berdendam sampai pencen). Ada setengah tu pula hanya tahu mengkritik, sementara cadangan tak ada. Kalau jenis yang ni kalau wa jadi Pengetuapun wa tangkap menyampah.


Pada wa dalam ketiga-tiga kategori ni, jenis pertama dan kedua memang tidak boleh ditolong. Cara menguruskan mereka ialah suruh mereka berhenti saja. Sementara kategori yang ketiga masih boleh dibantu dengan menukarkan mereka di sekolah lain. Kalau sudah beberapa sekolahpun mereka masih bermasalah dengan pentadbir, masukkan mereka di kalangan guru kategori yang pertama dan suruh mereka berhenti. Mudah saja.    

Wa fikir mudah saja. Memang duit kerajaan yang bayar gaji guru bermasalah ni. Bukan duit wa. Tapi lu all kena ingat...golongan guru bukan saja boleh membantu murid-murid mengenal huruf, malah mereka juga boleh pelingkupkan masa depan mana-mana pelajar. Bagi guru bermasalah yang malas (kalau sesekali adatlah manusia, tapi ni jenis sepanjang tahun malas) mengajar misalnya, berapa banyak murid yang teraniaya disebabkan mereka. Siapa yang hendak kita selamatkan dari segi keutamaannya? Sebilangan guru bermasalah atau jumlah pelajar yang ramai? Lu carilah dalam mana-mana organisasi yang berjaya...ada ke mereka menyimpan pekerja yang bermasalah? Kalau ada tunjukkan kat wa, wa akan potong rambut wa ni.  Wa pun hairan kenapa kerajaan (atau ketua jabatan) susah sangat nak singkirkan golongan yang bermasalah ini. Kalau bermasalah sikit-sikit okey lagi, tapi dari pengalaman wa...yang bermasalah besarpun masih nak disimpan, nak buat apa?Tu sebab kalau ada berita tentang guru rogol murid, guru meliwat murid, guru menumbuk murid, wa tak hairan....ketua jabatan (kerajaan) terlalu lembut, terlalu banyak beri muka sampai mereka jadi mua.


Wa kata yang betul: musangman
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum