Makan luar

KUALA LUMPUR: Ayu wajahnya manakala kerjayanya dianggap mulia, namun peribadinya tidak seiring dengan kelebihan itu. Ahad lalu, sekitar jam 2 pagi, wanita berusia pertengahan 30-an itu yang bekerja sebagai guru dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim di sebuah rumah. Lebih mengejutkan, apabila disiasat, ‘guru terlampau’ itu rupa-rupanya isteri orang dan mempunyai dua anak. Bagi membuktikan kebenaran, wartawan Metro Ahad menjejaki dan berjaya menemui suami wanita itu. Sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat, lelaki terbabit sudi berkongsi kisah dukanya beristerikan guru itu.

Ikuti luahan suami berusia pertengahan 30-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Imran.

“Selama 16 tahun melayari hidup sebagai suami isteri, saya lebih banyak menderita daripada bahagia dan hanya dapat merasai nikmat sebagai suami pada enam bulan pertama perkahwinan kami. Kena maki dengan isteri sudah menjadi kebiasaan bagi saya.

Terus terang saya katakan, walaupun perkahwinan kami atas dasar suka sama suka, isteri mula berubah selepas enam bulan berkahwin. Entah mengapa tanpa perasaan bersalah dia memberitahu dia teringat bekas teman lelakinya.

Dia juga asyik membandingkan saya dengan bekas teman lelakinya yang dikatakannya banyak wang. Malah, saya tidak malu untuk memberitahu, isteri bersikap dingin dalam memenuhi kehendak batin saya, suaminya yang sah.

Namun kerana rasa sayang mendalam, saya terima segala perbuatannya. Saya berusaha memberi lebih kesenangan kepadanya dengan melakukan kerja sambilan walaupun ada kerja tetap sebagai guru.

Saya ambil kelas jahitan secara sambilan dengan harapan dapat membuka perniagaan menjahit pakaian. Apabila saya ada kemahiran, isteri suruh berhenti kerana cemburu kelas jahitan itu ramai wanita.

Saya kemudian belajar menjadi mekanik dengan seorang rakan di sebuah bengkel. Saya ambil upah membaiki kenderaan secara sambilan. Tiga bulan melakukan pekerjaan itu, isteri suruh berhenti kerana kononnya rimas dengan bau badan yang berlumuran minyak.

Buntu untuk melakukan kerja sambilan, saya berusaha sambung belajar sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana. Dalam keadaan mampu menikmati kehidupan selesa, isteri masih tetap dengan sikap degil dan suka melawan.

Ada saja benda yang dia tidak puas hati. Saya tidak tahu apa masalah dia. Segala keperluan saya beri secukupnya. Tidak pernah saya abaikan tanggungjawab saya. Saya tertekan dan pernah dua kali pengsan, tetapi isteri buat tidak tahu. Jiran yang menghantar saya ke hospital. Isteri juga kurang memberi perhatian kepada anak.

Sejak dua tahun lalu, ketika saya sibuk menjaga ibu yang sakit di kampung, isteri jadi semakin ‘ligat’. Memandangkan saya kerap ke rumah ibu, isteri saya sesuka hati keluar rumah. Keluar petang tetapi balik lewat malam dan ada ketikanya sampai jam 1 pagi.

Apabila ditegur, dia melawan, malah saya dimarahi. Saya pasrah. Cuti sekolah hujung tahun lalu, isteri bawa dua anak kami pulang ke kampung. Sepanjang cuti sekolah itu, saya langsung tidak dapat menghubungi anak dan isteri tidak benarkan saya berjumpa anak.

Saya tidak tahu apa salah saya. Malah, isteri ada menghubungi meminta supaya saya menceraikannya dengan talak tiga tanpa menyatakan sebarang alasan. Habis cuti sekolah, saya berpeluang bertemu anak. Betapa luluhnya hati saya apabila anak beritahu, ibunya menggelar saya dengan panggilan ‘arwah’ sebagai lambang kononnya saya sudah berpisah dengannya.

Daripada mulut rakan dan penduduk setempat, saya mendengar banyak cerita kurang enak mengenai isteri. >Ada yang mendakwa melihat isteri dengan lelaki lain. Kerana sayangkan isteri, saya tidak mempercayai dakwaan itu. Hinggalah satu ketika, isteri mengunci anak di rumah dan dia keluar entah ke mana.

Dalam suasana ribut petir, anak menghubungi saya dalam ketakutan dan memberitahu ibu meninggalkan mereka di rumah dalam keadaan pintu berkunci. Saya yang ketika itu menjaga ibu yang sakit segera pulang ke rumah. Saya buat laporan polis mengatakan saya mengambil anak yang dikunci di dalam rumah.

Saya pecahkan pintu dan ambil anak. Saya menanti kepulangan isteri dan dia pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi selepas keluar rumah dari jam 2 petang. Bayangkan apa akan terjadi kepada anak saya jika saya tidak mengambil mereka.

Perangai isteri semakin menjadi-jadi. Saya diberitahu rakan, isteri saya dilihat bersama lelaki lain ketika itu. Anak pula beritahu ibu juga selalu berhubung dengan seorang lelaki.

Akhirnya saya akur, ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri saya. Lebih membuatkan saya kecewa dengannya, dia membuat laporan palsu kepada polis kononnya saya mengancam keselamatannya. Hakikatnya saya tidak pernah mengancam keselamatannya, sebaliknya saya menyayanginya.

Dia juga beritahu orang lain, dia bukan lagi isteri saya. Saya akui kami pernah bercerai Mac tahun lalu tetapi kami rujuk semula sebulan kemudian. Saya ada bukti.

Kemuncak kepada kecurangannya, saya diberitahu bahawa isteri ditangkap khalwat. Sebagai suami, saya benar-benar terkejut dan kecewa. Apa lagi yang boleh saya katakan, madu dibalas tuba! Namun jauh di sudut hati, perasaan sayang masih ada. Apapun, selepas kejadian khalwat itu saya rela meninggalkannya.”

Komen wa: Tak payah wa nak ulas tentang perbuatan guru perempuan tersebut. Kalau benar cerita itu, guru perempuan itu memang berperangai syaitan! Mana nak berkat mendidik kalau diri guru sendiri bergelumang dosa. Yang lelaki tu tak pula dinyatakan kerjanya. Takkan guru sejati kalau bini sendiripun tak boleh control.

Namun kerana kes tersebut telah menjadi kes mahkamah, kita tunggu aje keputusan mahkamah. Kalau didapati bersalah dan dihukum penjara lebih 2 bulan atau denda melebehi RM 2000 atau kedua-duanya, hadapkan ke Lembaga Disiplin dan buang. Jangan biarkan duri dalam daging berada dalam perkhidmatan pendidikan.
Wa kata yang betul: musangman Labels:
Intro dari wa :Bila wa membaca Standard Guru Malaysia, wa fikir standard yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya suatu yang biasa para guru (pada ketika itu bakal guru) pelajari (dan kemudiannya dilupai). Maka pada wa, SGM adalah ingatan semula (refresh) kepada sesuatu 'perkara yang dipelajari untuk dilupakan' oleh ramai guru. Wa juga percaya, sekiranya guru-guru mempunyai standard-standard yang ditetapkan, mereka adalah guru cemerlang, walaupun tidak mendapat title Guru Cemerlang. Berikut adalah Standard tersebut.


STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.


STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN


Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:


S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.


Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.




S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.




S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.


STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.


Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:


S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.


S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.


S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.


S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan


S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.


S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.


S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.


STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.


Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:


S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.


S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.


S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.


S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Wa kata yang betul: musangman Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum