Ok sambungan apa yang menjadi phobia di kalangan sesetengah guru. Jangan marah, rahsia anda dibongkar...


1. Peperiksaan - PTK
Kebanyakan guru tidak suka sistem peperiksaan untuk menguji kecekapan mereka. Alasan mereka : “PTK tak relevan beb. Lain yang kita buat (kerja), lain soalan yang ditanya.” Guru-guru melalui KPPK (NUTP) begitu kuat menentang sistem PTK, walhal pihak kementerian telah menambahbaik soalan berdasarkan tugas guru. Bagi kebanyakan guru, pembelajaran seumur hidup (tak ada peperiksaan – nak belajar ikut suka hati diorang je le) yang sesuai nak mengukur kecekapan mereka. Sebab sebenar – mereka sedar bahawa mereka membuat kerja ikut suka hati saja - buat kerja bukan ikut pekeliling, prosedur atau teori-teori yang dicernakan oleh para pemikir dan ilmuan. Pendek kata mereka takut tembelang yang mereka sorok (tidak mempraktikkan apa yang mereka belajar dan patut buat) akan membau keluar dari pekung-pekung tersebut.




2. Jadi ketua penasihat rumah sukan, kelab, persatuan dan badan-badan beruniform
Alasan mereka – bagi guru baru “wa baru saja posting. Wa takde pengalaman.” Bagi guru lama “berilah pulak peluang pada guru muda tunjuk kebolehan”. Alasan sebenar mereka sedar bahawa apabila jadi ketua, cikgu tu sebenarnya menjadi kuli le. Cikgu yang tua tu masa dia baru, cikgu yang lama buat perangai macam tu. Kira penyakit berjangkit seketurunan le ni. Yang hairannya kat guru muda ni bila dah kahwin, dengan takde apa-apa pengalaman, tahu pulak dia membuntingkan bini dia.


3. Bertugas pada waktu cuti sekolah
Ini adalah pantang yang paling besar dalam kerjaya guru. Entah apa yang hendak dibuat berminggu-minggu kat rumah, wa tak tahu. Lalu slogan kementerian lain jadi pegangan "sayangi keluarga anda - jangan merokok", "utamakan keluarga anda - JKM", biar lambat asal selamat - JKJR". Ramai yang lupa pekeliling - utamakan kepentingan tugas berbanding kepentingan lain. Selain itu, ramai juga cikgu yang berkira pasal kerja, tapi pasal makan, pasal bonus, pasal kenaikan gaji, pasal kenaikan pangkat masing-masing berebut-rebut nak pulun. Sampai sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa.




4. Dapat Pengetua, GPK dan ketua Bidang yang strict
“Tak best ler pengetua yang strict. Tak ada tolak ansur saja.” Itu le runggutan guru bila dapat Pengetua atau GPK yang agak strict. Alasan mereka : Pentadbir perlu bertolak ansur supaya guru boleh berkhidmat dengan baik. Alasan sebenar – “mampuih ler aku, aku bukannya kerja betul-betul. Banyak main-main dan hanya tunggu 25 hb je.” Mana ada organisasi dalam dunia ni, yang pentadbir senang-senang saja tolak perintah dan gunakan budi bicara mereka. Ramai guru menyanjung pentadbir yang kononnya banyak budi bicara, walhal dari segi etikanya pentadbir begini adalah engkar perintah kerana tidak melaksanakan perintah sebagaimana dalam arahan pekeliling atau Akta Pendidikan. Kes menggunakan budi bicara hanya timbul dalam keadaan yang dibenarkan saja. Ibarat hakim…katakan hukuman menyamun bersenjata adalah penjara 5-10 tahun. Bila mahkamah mendapati tertuduh bersalah, budi bicara hakim ialah mengenakan hukuman sama ada 5,6,7,8,9 atau 10 tahun saja. Itu budi bicara. Bukannya jatuhkan hukuman 3 tahun saja.




5. Kedatangan pegawai jabatan (PPD/JPN)
Kedatangan pegawai PPD dan JPN akan menyebabkan leher dan kepala kebanyakan guru semakin panjang. Ada yang cuti mc lagi. Alasan mereka : “Lecehlah…Pegawai JPN/PPD hanya tahu mencari kelemahan guru saja”. Alasan sebenar – “Wa tahu tak buat kerja wa – fail tonggang langgang, program akademik langsung tak buat – Cuma atas kertas perancangan strategik, taktikal dan operasi saja, analisis peperiksaan main temberang saja dan soalan yang disediakan main tangkap muat dalam buku Sasbadi, Longman, Fajar Bakti, dan sebagainya.” “Yang wa tahu hujung tahun wa mesti dapat bonus, kalau tak…Memang sah Najib (DS) kedekut.”


6. Berucap di majlis perhimpunan sekolah

Alasan mereka “Wa bukan takut beb. Wa malas nak menunjuk-nunjuk saja.” Alasan sebenar “Wa ketar beb. Wa bukan biasa bercakap kat depan. Wa biasa mengumpat dalam kumpulan 4,5 orang saja dan bebas nak cakap apapun (walau tiada fakta).” Dalam perhimpunan, mereka perlu berucap secara rasmi - kena sediakan beberapa maklumat yang berkaitan – statistik atau data. Mereka mana rajin tentang itu.




Kesimpulan : Bagi guru yang tidak memiliki sikap di atas…anda adalah guru sebenar. So, sajah Usman Awang “Guru oh Guru” akan wa dendangkan. Tapi kandungannya lu cari le sendiri.
Wa kata yang betul: musangman
Dalam sejarah panjang wa jadi guru…wa lihat banyak tabiat sesetengah rakan-rakan guru yang tak boleh dijadikan contoh. Tapi iyelah sape wa nak tegur guru-guru. Kebanyakan daripada mereka ini tergolong dalam kategori manusia yang berotak tepu, minda masing-masing dah macam cawan penuh yang tak boleh diisi air lagi. Bila tegur je…mereka pot pet pot pet menghentam wa balik. Kalau lu tak caya, lu cerita le kelemahan dia secara profesional…komen tentang cara dia mengajar (core business) dia. Wa ingat tak habis lagi lu nak cerita, dia akan potong dan habis cerita peribadi lu diungkit, dari bab lu pernah kantoi hisap rokok kat Pengetua, lu terlupa masuk kelas, lu tak hantar buku rekod sampailah ke tahap cerita lu jarang sholat jemaah kat surau…akan habis diungkit. Bukan itu saja, modal kelemahan lu yang lima atau sepuluh tahun yang lalupun akan diungkit. Hilang cerita nak tolong ingat-mengingati, timbul cerita lain.

Gitulah hebatnya golongan guru yang jenis hati kering ni. Langsung tak mahu ambil port tentang nasihat orang. Yang mereka tahu hanya menasihati pelajar mereka saja, diri sendiri tak payah dinasihati lagi.  Iyelah orang hebat yang selalu menasihatkan anak didik mereka, takkan mahu dinasihati pula. Asyik ingat diri hebat saja, padahal pada pandangan rakan-rakan dan pentadbir ibarat hampeh saja. Emm bagi guru yang bukan kategori sedemikian, yang sentiasa berlapang minda dan dada dengan diskusi dan saling nasihat menasihati, wa tabik spring toing toing toing kat lu all. Teruskan usaha (tiru ayat yang biasa kawan-kawan wa guna dalam report card murid).


Ok kali ni wa nak dedahkan tentang apa yang sesetengah guru 'komeng' tak suka. Bukan setakat tak suka, malah ada di antara mereka yang phobia dan takut. Wa ingat walaupun guru tu hensem (macam Shahrukh Khan) atau cute (ala Rozita Che Wan), atau pintar macam Eainstein, atau macho dan ganteng macam Arnold Shwarzenneger, atau yang perempuannya garang dan bersuara bak petir melanda ala Mona Fandey, atau yang suka moody macam pompuan datang haid, kalau dikaji inilah beberapa perkara yang mereka tidak suka dan alasannya.


1. Orang melihat mereka mengajar
Kalau Pegawai PPD, JPN, Pengetua, GPK, rakan-rakan guru dan ibu bapa melihat mereka mengajar, ia akan membuatkan mereka merasa tidak selesa. Alasannya “Wa malu”. Atau “Wa ada penyakit gugup beb.” Sebab sebenar – malas nak buat persediaan mengajar, buat ABM atau menyediakan kertas edaran, dan takut rahsia mereka tak pandai mengajar akan diketahui oleh rakan-rakan, ibu bapa dan pentadbir.


2. Pelajar memberi pandangan tentang cara mereka mengajar.
Ini lagi pantang besar guru. Alasan mereka – pelajar apa tahu? Mana tahu kaedah mengajar, pedagogi dan sebagainya. Sebab sebenar – ego mereka tercabar. Tapi dalam bab mengkulikan pelajar memunggah buku, menaip kertas kerja, mengambil kedatangan, membersihkan kerusi, meja, atau menstapler kertas edaran tak pula dikatakan “pelajar apa tahu?” Walhal pelajar tu dah boleh jadi cikgu juga sebab sebahagian kerja cikgu mereka dah tolong buat.


3. Soal selidik tentang keberkesanan P&P mereka
Pernah tak seorang guru buat soal selidik keberkesanan p&p mereka di kalangan pelajar. Dari pengalaman rambang wa le, dalam 100 orang guru, nak cari 1 atau 2 orang yang buat soal selidik ni payah, walaupun mereka telah berkhidmat 20 tau 30 tahun. Alasan mereka “Leceh la…mana wa tahu format soal selidik tu.” Alasan sebenar : “Kalau wa buat soal selidik tu jawapan pelajar tu wa dah boleh agak. Mesti mereka kata wa mengajar macam hampeh. Wa bukan hampeh, wa guru cemerlang beb”


4. Dipertanggungjawabkan apabila pelajar gagal dalam peperiksaan
Terdapat guru yang tak mahu dipertanggungjawabkan apabila pelajar gagal dalam peperiksaan dan peratus mata pelajaran tersebut merudum. Tapi kalau dengar sajak Usman Awang Guru oh Guru wah bukan main ralip lagi. Masing-masing perasan merekalah yang melahirkan “Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka. Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.” Yang herannya mereka ini nak jadi cikgu. Kalau tak nak bertanggung jawab memandaikan anak orang, jadilah penoreh getah ke, peniaga warung ke atau apa saja.



5. Mengajar kelas-kelas peperiksaan
Mengajar kelas peperiksaan memang agak mencabar. Bagi guru baru “Wa tak boleh le. Wa takde pengalaman.” Bagi guru lama “wa dah penat asyik ajar kelas peperiksaan.” Alasan sebenar “Wa malas nak ajar kelas peperiksaan sebab banyak kerjanya. Nak menanda mak mampus soalan essei beb. Kalau ajar form 1 or form 2, soalan objektif…5 minit menanda dah siap. Lagipun kalau wa ajar kelas periksa bukan Pengetua nak kasi markah prestasi tinggi, atau APCpun.”
Wa kata yang betul: musangman
KUCHING 12 Nov – Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.

Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, polis menahan suspek di rumahnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak sekolah.

“Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.

“Suspek yang juga penduduk tempatan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mat Jusoh memberitahu, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pada masa ini, pihaknya sedang melakukan siasatan sebelum mengemukakan laporan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pendakwaan. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana siasatan masih dijalankan.

Komen wa:  Wa tak mahu komen apa-apa sebab Ketua Polis Daerah Sri Amanpun tak komen apa-apa berkaitan kes ni. Cuma kalau memang betul le guru terbabit melakukannya, wa fikir guru terbabit perlu disumbat dalam guni dan dibuang ke sungai untuk santapan bujang senang. Ini juga jenis guru yang harapkan pagar-pagar makan padi. Ingat wahai guru-guru (yang ada niat nak buat kerja terkutuk ni)...jangan sesekali jadi pagar makan padi!!!

Ok, perbuatan guru merogol dan meliwat pelajar memang sahih melanggar undang-undang dan etika pendidik itu sendiri. Namun ada satu lagi perbuatan atau kes yang turut melanggar etika tetapi seakan-akan mulai diterima (buktinya ada yang terlibat tetapi tindakan tidak diambil). Ok isu guru bercinta dengan pelajar boleh tak boleh? Wa ingat ni pun jenis kesalahan yang jelas melanggar etika. Yang berlaku biasanya di kalangan guru lelaki dan pelajar perempuanlah. Namun kadang-kadang ada juga pelajar lelaki bercinta dengan guru perempuan. Wa fikir sebagai guru...semua orang mesti tahu batas-batas hubungan dengan pelajar. Mana boleh terfikir sampai tahap kahwin dengan pelajar, walhal pelajar tersebut masih belajar. Bukan setakat nak bercinta, nak fikir kahwin dengan pelajarpun sepatutnya guru tersebut dah dianggap gila seks. Lainlah kalau pelajar tersebut dah tamat belajar dan guru tersebut mula jatuh 'sun' kat pelajar tersebut. Itu hal lain.


















Wa kata yang betul: musangman
Muhyiddin kesal kejadian kipas siling tercabut


ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan pengurusan sekolah memastikan peralatan dan bangunan sekolah selamat bagi memastikan insiden kipas siling di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor tercabut sehingga mencederakan seorang pelajar Tingkatan Satu petang Selasa lalu, tidak berulang.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran kecewa kerana aspek keselamatan di sekolah masih tidak diambil berat oleh pengurusan sekolah sehingga mengundang kemalangan ke atas pelajar.


Katanya, mungkin kipas itu sudah lama atau skrunya sudah longgar sehingga menyebabkan ia tercabut ketika sedang berpusing dan ia boleh dielakkan jika kelengkapan di sekolah diperiksa secara berkala untuk memastikan ia selamat digunakan.
"Pentadbiran sekolah, terutama pengetua dan guru besar ada tanggungjawab dan mereka kena pastikan keadaan seperti ini tidak berlaku kerana malang tidak berbau.


"Mungkin kipas berkenaan sudah lama sangat dan skrunya sudah longgar menyebabkan ia tercabut.


"Ini semua harus dijadikan iktibar dan pihak sekolah mungkin boleh mendapatkan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan pemeriksaan," katanya selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Gunung, dekat sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah itu, Fahmi Harith Abu Bakar, 13, yang terpaksa menerima lebih 10 jahitan selepas terkena bilah kipas siling yang terjatuh di atas meja kelasnya, petang Selasa lalu.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengikuti subjek Bahasa Melayu bersama rakan kelasnya yang lain, kira-kira jam 6 petang.


Pendapat wa tentang isu itu:
Apa sudah jadi bro? Pihak pengurusan sekolah masih tidak mengambil berat akan hal keselamatan pelajar, walhal di sekolah tanggungjawab tersebut sudah memang menjadi tanggungjawab mereka. Ini bukan isu teruk atau tidak pihak pentadbir sekolah tersebut nak menjawab. Dari satu segi, ia memang salah pentadbiran sekolah itu. Bila disebut pentadbir...semua orang akan tergambar Pengetua/Guru Besar, dan Penolong-Penolong Kanan. Betul ke tu? Cikgu biasa bukan pentadbir juga ke?


Ok tak mahu debat hal itu. Wa cuma nak bagi pandangan tentang perkara lain. Apabila terbaca cerita tu fikiran wa terus tangkap...apa yang cikgu-cikgu buat kat dalam kelas tu? Dalam sehari, hampir lima enam orang guru yang akan mengajar di sesebuah kelas - bergilir-gilir ikut turn/period masing-masing. Persoalannya mengapa kes di atas masih berlaku? Wa tak nampak salah pak guard atau wak tukang sapu. "So, itu takdirlah ustaz". Mungkin yang lebih alim akan segera menyalahkan takdir.
Pada wa tu memang dah sah-sah salah guru le. Takkan dalam lima enam orang guru yang masuk kelas tu tak seorangpun perasan yang kipas tu ada masalah...skru dah longgar ke, kipas dah gegar lain macam ke, atau bunyi dah berkeriut semacam ke? Wa fikir inilah sikap kebanyakan guru di sekolah (termasuk sekolah tu)…sikap tak mahu ambil tahu! Guru yang macam ni ramai.Mereka lupa kerajaan bayar bukan sikit bro gaji cikgu tapi ramai cikgu yang alpa dan buat tak hal akan keselamatan pelajar dalam kelas. Tentu wa kesian kat cikgu BM tu sebab tak pasal-pasal dia terpaksa menjawab berkaitan accident tu. Wa fikir itu bukan salah cikgu tu seorang tapi wa percaya kesalahan akan diletakkan di bahu beliau. Kesian.
Wa fikir semua orang guru tahu apa yang perlu mereka buat dalam kelas. Merekakan golongan pandai (itu yang menyeybabkan mereka susah nak menerima kalau orang lain ajar mereka). Sebelum P&P, sepatutnya mereka kena pastikan kebersihan kelas, keselamatan pelajar, disiplin kelas, penampilan pelajar, kesediaan pelajar untuk belajar dan sebagainya…barulah mula on mengajar. Hish, nampaknya masih ramai guru yang buat-buat tak tahu pasal itu semua. Mungkin bagi mereka membazir air liur saja, atau memenatkan lidah saja. Ini termasuk golongan guru 25 haribulan le. Masuk kelas mereka terus mengajar…mengajar…mengajar dan keluar kelas. Masuk kelas lain…ajar…ajar…keluar. Itupun wa fikir barangkali masih ok juga, berbanding masuk kelas suruh pelajar buat kerja sendiri, mereka main laptop dalam kelas. Lepas tu keluar dan main laptop dalam kelas lain pula. Bila berlaku kejadian macam kat atas tu…ha masuk paper. Semua warga guru malu sama disebabkan sikap guru-guru jenis kat atas nun. Wa malas nak komen lagi, nanti ramai guru sound wa lupa diri. Anggap wa berlagak. Anggap wa anti guru. Anggap wa frust bercinta dan berdendam dengan guru. Tapi lu pikirlah sendiri….
Wa kata yang betul: musangman
Betol ke guru banyak kerja? Wa tau isu ni memang sensitif maut di kalangan guru. Ada tu memang pantang benda ni disentuh, melenting dan mengaumlah mereka...macam harimau tua yang sakit gigi. Macam kat sekolah wa juga, wa fikir ia pun sama macam sekolah lu juga. Mana-mana sekolahpun sama...lebih banyak cikgu 25 haribulan, daripada cikgu yang komited.


KPPK sebagai persatuan guru jangan tanyalah pasal isu cikgu banyak kerja ni. Mereka, masing-masing daripada Presiden sampai le ke JK pencacai biasa, mereka akan sibuk mempertahankan guru, sambil-sambil cuba melebarkan pengaruh...mana tahu dapat jadi terus jadi presiden atau JK KPPK. Wa kayo beb! Tapi wa ada hujah wa. Pengalaman wa hampir tujuh sekolah kat daerah ni membuktikan segalanya. Jangan nak tip tau ngan wa.


Wa nak kasi lu petua : Nak kenal guru tu banyak kerja atau tidak, jangan tengok takwim atau senarai tugas mereka. Nak tengok guru banyak tugas ke tidak, tengok perbuatan atau hasil kerja mereka.

Memang kalau diikutkan takwim, banyak tugas setiap guru. Dalam bidang kurikulum saja - mereka terlibat dalam Panitia, Kurikulum,  Peperiksaan, Kewangan, Pusat Sumber dan pelbagai JK lain. Dalam bidang kokurikulum, semua ada tugas masing-masing...penasihat badan uniform, penasihat persatuan akademik, dan penasihat persatuan bukan akademik, guru olahraga, Setiausaha sukan sekolah dan sebagainya. Selain tu ada tugas HEM yang lain - guru kelas, disiplin, kaunseling, biasiswa, kantin, kesihatan dan sebagainya. Ada lagi tugas tambahan - Majalah Sekolah, Perhimpunan, penyelaras bilik-bilik khas, dan sebagainya. Tu sebab kalau dalam ruang sasaran Kerja Tahunan (SKT), senarai tugas masing-masing sangat panjang...kalau boleh sepanjang jambatan Pulau Pinang ni. Hakikatnya....


Adakah semua guru banyak kerja? Soalan ni wa tanya lu balik. Pigi daa. Masa wa buat Masters wa buat kajian tentang ini di sebelas sekolah di sebuah bandar...hasil dapatan wa cuma 10% daripada jumlah keseluruhan cikgu dalam sesebuah sekolah yang banyak tugas. Banyak tugas maknanya mereka melaksanakan tugas tersebut. Hakikatnya 90% lagi tak banyak kerja. Bahkan mereka banyak yang jadi penumpang. Wa fikir ni bukan dapatan bohong. Lu tanyalah GPK1, GPK HEM, GPK Koko, Ketua-Ketua Bidang, Ketua-ketua JK kat sekolah, mereka akan setuju dengan wa. Yang jadi ketua tu le yang akan buat semua kerja, sementara yang bukan ketua dok goyang kaki. Releks wa cakap beb! Inilah yang berlaku di mana-mana sekolah (kebanyakan sekolah).


 

Wa fikir...cikgu-cikgu jangan hipokrit kononnya mereka banyak kerja. Dalam senarai ahli MLM, golongan guru yang paling ramai terlibat. Dalam senarai ejen insurans, ejen takaful, dan ejen kereta  jangan tanyalah, dalam politikpun tak kurang ramai guru terlibat. So sibuk dengan kerja ke? Ramai yang kata mereka mengajar banyak masa. Masa apa daa. Kat kantin lama-lama sampai miss kelas [Kalau lama tapi tak abaikan kelas tak apa juga]. Lu pergi sekolah lu tengoklah bilik gurunya, perpustakaannya, makmalnya, bengkelnya, bilik SPBTnya, kantinnya dan pejabatnya. Wa fikir banyak yang kusam dan masam dari ceria. Kalau mereka buat kerja takkan jadi macam tu. Banyak bilik-bilik macam tu yang hidup segan mati tak mau saja keadaannya. Bila ada orang jabatan datang baru bertungkus lumus  nak menceriakannya. Pi raa...


Kesimpulannya ramai cikgu kat sekolah banyak kerja atas kertas tapi tak ramai yang banyak kerja betul-betul. So jangan bising isu banyak kerja ni.
Wa kata yang betul: musangman

GST wajar pada tiga peratus

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang dicadangkan oleh kerajaan perlu diperkenalkan pada paras tiga peratus bagi membolehkan sektor perniagaan dan pengguna menyesuaikan diri masing-masing. Pengarah Urusan TAXAND Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Veerinderjeet Singh berkata, cukai jualan dan perkhidmatan sekarang masing-masing ditetapkan pada lima dan 10 peratus dan negara ini memerlukan GST dengan asas yang luas (broad-based).Beliau menjelaskan, kerajaan sedang menjalankan kajian impak sosial dan keputusan tentang pelaksanaan GST akan dibuat pada Disember tahun ini.“Kami menjangka cukai berkenaan dilaksanakan pada kadar rendah merentasi asas percukaian yang lebih besar bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan semasa yang mempunyai asas cukai terhad.
“Adalah penting untuk memberi tempoh antara 12 hingga 18 bulan kepada semua pihak untuk memahami dan menyediakan pelaksanaan GST,” katanya.Beliau menyatakan demikian pada taklimat media mengenai Bajet 2010 anjuran bersama TAXAND dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), di sini hari ini. Ketika mengumumkan Bajet 2010 pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengenakan kadar GST lebih rendah berbanding kadar sekarang sekira GST dilaksanakan.Veerinderjeet berkata, kunci kejayaan GST ialah keberkesanan penguatkuasaan dan pentadbiran adalah amat penting. Beliau menambah, bagi menggalakkan daya saing, insentif cukai yang tidak relevan atau tidak digunakan sepenuh mungkin dihentikan secara beransur-ansur.
“Cabaran sebenar kerajaan berlandas pada pelaksanaan dasar dan cara peruntukan bajet dibelanjakan bagi memastikan defisit bajet terus menurun tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi keseluruhan,” jelasnya.
Beliau juga berkata, kerajaan perlu memastikan sistem cukai di Malaysia adil dan mampu menjanakan perolehan untuk tujuan pembangunan. Sementara itu, Presiden MICCI, Irene Dorner berkata, langkah-langkah kerajaan mewujudkan ekonomi inovatif dan berpendapatan tinggi dialu-alukan melalui usaha promosi industri pembinaan, mengukuhkan industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan mempromosikan pembinaan bangunan hijau. Menurut beliau, teknologi hijau berpotensi berkembang sebagai sektor penting dalam pembangunan ekonomi.“Dengan harga minyak dan masalah kekurangan tenaga, dunia kini menuju ke arah tenaga sumber hijau bagi mengurangkan penggantungan terhadap minyak, pencemaran dan menangani isu yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Wa tengok selepas pembentangan bajet tu hari, ramai penganalisis mangkuk hanyun ni memberikan pendapat menyokong gagasan mencekik darah Najib. Ni yang wa geram. Pada wa GST tidak sesuai dilaksanakan kerana pengenalan GST akan menyebabkan pengguna menanggung beban cukai langsung tersebut. Mampus kalau dikenakan cukai bagi barang bukan kawalan. Sudahlah gaji kecik, kena bayar pelbagai jenis cukai lagi. Alamat makin keringlah rakyat Malaysia.

Wa kata yang betul: musangman
Elo bro...mai le singgah kat blog wa. Boleh kita kongsi-kongsi ilmu...
Wa kata yang betul: musangman
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum