GST wajar pada tiga peratus

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang dicadangkan oleh kerajaan perlu diperkenalkan pada paras tiga peratus bagi membolehkan sektor perniagaan dan pengguna menyesuaikan diri masing-masing. Pengarah Urusan TAXAND Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Veerinderjeet Singh berkata, cukai jualan dan perkhidmatan sekarang masing-masing ditetapkan pada lima dan 10 peratus dan negara ini memerlukan GST dengan asas yang luas (broad-based).Beliau menjelaskan, kerajaan sedang menjalankan kajian impak sosial dan keputusan tentang pelaksanaan GST akan dibuat pada Disember tahun ini.“Kami menjangka cukai berkenaan dilaksanakan pada kadar rendah merentasi asas percukaian yang lebih besar bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan semasa yang mempunyai asas cukai terhad.
“Adalah penting untuk memberi tempoh antara 12 hingga 18 bulan kepada semua pihak untuk memahami dan menyediakan pelaksanaan GST,” katanya.Beliau menyatakan demikian pada taklimat media mengenai Bajet 2010 anjuran bersama TAXAND dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), di sini hari ini. Ketika mengumumkan Bajet 2010 pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengenakan kadar GST lebih rendah berbanding kadar sekarang sekira GST dilaksanakan.Veerinderjeet berkata, kunci kejayaan GST ialah keberkesanan penguatkuasaan dan pentadbiran adalah amat penting. Beliau menambah, bagi menggalakkan daya saing, insentif cukai yang tidak relevan atau tidak digunakan sepenuh mungkin dihentikan secara beransur-ansur.
“Cabaran sebenar kerajaan berlandas pada pelaksanaan dasar dan cara peruntukan bajet dibelanjakan bagi memastikan defisit bajet terus menurun tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi keseluruhan,” jelasnya.
Beliau juga berkata, kerajaan perlu memastikan sistem cukai di Malaysia adil dan mampu menjanakan perolehan untuk tujuan pembangunan. Sementara itu, Presiden MICCI, Irene Dorner berkata, langkah-langkah kerajaan mewujudkan ekonomi inovatif dan berpendapatan tinggi dialu-alukan melalui usaha promosi industri pembinaan, mengukuhkan industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan mempromosikan pembinaan bangunan hijau. Menurut beliau, teknologi hijau berpotensi berkembang sebagai sektor penting dalam pembangunan ekonomi.“Dengan harga minyak dan masalah kekurangan tenaga, dunia kini menuju ke arah tenaga sumber hijau bagi mengurangkan penggantungan terhadap minyak, pencemaran dan menangani isu yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Wa tengok selepas pembentangan bajet tu hari, ramai penganalisis mangkuk hanyun ni memberikan pendapat menyokong gagasan mencekik darah Najib. Ni yang wa geram. Pada wa GST tidak sesuai dilaksanakan kerana pengenalan GST akan menyebabkan pengguna menanggung beban cukai langsung tersebut. Mampus kalau dikenakan cukai bagi barang bukan kawalan. Sudahlah gaji kecik, kena bayar pelbagai jenis cukai lagi. Alamat makin keringlah rakyat Malaysia.

Wa kata yang betul: musangman

2 comments:

Sifu KaiZen said...

salam sahabat...terima kasih kerana komen kurang ajar yg saudara beri di blog sahabat seperjuangan saya laxmana jebat, mula2 memang sy marah, tapi bila difikir2kan tak guna juga jika sy melenting tak tentu pasal...cuma sy pertikaikan atas kapasiti apakah saudara bertindak sedemikian, adakah niat saudara berblog sekadar utk mencari musuh?atau memang sifat saudara suka memaki dan mengkondem kan orang lain?...utk pengetahuan saudara laxmana jebat,zulkarnain poniran,cikgu chun adalah rakan sejawatan yg berkhidmat di sekolah yg sama, maka antara kami saling kenal mengenali, dan komen2yg kami utarakan sama ada berniat serius atau sekadar gurauan, dan sy memberikan komen yg nampak STUPID pada awak adalah sekadar gurauan sy dengan laxmana jebat, dan ia tidak ada kena mengena dengan awak.
manusia yg berdarah pahlawan, selalunya tdk memaki sesuka hati, mereka ibarat harimau yg menyembunyikan kuku, hidup mencari kawan, mengelak jika lawan mendatang, dan berdepan sekiranya tidak dapat dijauhkan...tapi saudara berbeza, saja mencari musuh, mengundang lawan, ini tidak selaras dengan DARAH KEPAHLAWANAN, pada saya ia boleh lah diibaratkan DARAH PENYAMUN, LANUN atau yg seangkatan dgnnya...
Jika saudara berkhidmat di bawah bumbung yg sama dengan kami, sy dengan besar hati menjemput saudara bertemu muka, berhadap-hadapan, sy nak juga kenal wajah manusia yg perasan berDARAH PAHLAWAN...YG PANTANG DICABAR...sy tidak berdarah pahlawan, darah sy sama dgn darah2 manusia2 biasa, yg membezakannya hanyalah TAQWA...sy juga tdk pantang dicabar, bukan seperti saudara, tetapi sy suka mencabar...dan sy yakin saudara pasti menyahut cabaran sy...kalau tak sy beranggapan saudara pun sama...CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

November 6, 2009 at 8:01 AM  
musangman said...

Tq atas komen di atas. Wa pun pada asalnya tak ada niat nak lepaskan geram atau marah kat mana-mana pihak. Wa baru saja berblog ni. Aisey bila masuk je topik kat blog member lu tu hari wa tertengok lu punya komen. wah cantiknya bahasa lu. Wa fikir dah bertemu buku dengan ruas. Lu jumpa wa dan kita punya bahasa bahasa memang menyengat.

Ok kalau lu terasa lu punya pasallah. Wa tak boleh buat apa. Kalau lu tak nak berkawanpun tak apa. Wa bukan lu kasi makan.

Wa harap komen wa membantu lu berubah. Tu je.

November 8, 2009 at 5:40 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum