Ok sambungan apa yang menjadi phobia di kalangan sesetengah guru. Jangan marah, rahsia anda dibongkar...


1. Peperiksaan - PTK
Kebanyakan guru tidak suka sistem peperiksaan untuk menguji kecekapan mereka. Alasan mereka : “PTK tak relevan beb. Lain yang kita buat (kerja), lain soalan yang ditanya.” Guru-guru melalui KPPK (NUTP) begitu kuat menentang sistem PTK, walhal pihak kementerian telah menambahbaik soalan berdasarkan tugas guru. Bagi kebanyakan guru, pembelajaran seumur hidup (tak ada peperiksaan – nak belajar ikut suka hati diorang je le) yang sesuai nak mengukur kecekapan mereka. Sebab sebenar – mereka sedar bahawa mereka membuat kerja ikut suka hati saja - buat kerja bukan ikut pekeliling, prosedur atau teori-teori yang dicernakan oleh para pemikir dan ilmuan. Pendek kata mereka takut tembelang yang mereka sorok (tidak mempraktikkan apa yang mereka belajar dan patut buat) akan membau keluar dari pekung-pekung tersebut.




2. Jadi ketua penasihat rumah sukan, kelab, persatuan dan badan-badan beruniform
Alasan mereka – bagi guru baru “wa baru saja posting. Wa takde pengalaman.” Bagi guru lama “berilah pulak peluang pada guru muda tunjuk kebolehan”. Alasan sebenar mereka sedar bahawa apabila jadi ketua, cikgu tu sebenarnya menjadi kuli le. Cikgu yang tua tu masa dia baru, cikgu yang lama buat perangai macam tu. Kira penyakit berjangkit seketurunan le ni. Yang hairannya kat guru muda ni bila dah kahwin, dengan takde apa-apa pengalaman, tahu pulak dia membuntingkan bini dia.


3. Bertugas pada waktu cuti sekolah
Ini adalah pantang yang paling besar dalam kerjaya guru. Entah apa yang hendak dibuat berminggu-minggu kat rumah, wa tak tahu. Lalu slogan kementerian lain jadi pegangan "sayangi keluarga anda - jangan merokok", "utamakan keluarga anda - JKM", biar lambat asal selamat - JKJR". Ramai yang lupa pekeliling - utamakan kepentingan tugas berbanding kepentingan lain. Selain itu, ramai juga cikgu yang berkira pasal kerja, tapi pasal makan, pasal bonus, pasal kenaikan gaji, pasal kenaikan pangkat masing-masing berebut-rebut nak pulun. Sampai sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa.




4. Dapat Pengetua, GPK dan ketua Bidang yang strict
“Tak best ler pengetua yang strict. Tak ada tolak ansur saja.” Itu le runggutan guru bila dapat Pengetua atau GPK yang agak strict. Alasan mereka : Pentadbir perlu bertolak ansur supaya guru boleh berkhidmat dengan baik. Alasan sebenar – “mampuih ler aku, aku bukannya kerja betul-betul. Banyak main-main dan hanya tunggu 25 hb je.” Mana ada organisasi dalam dunia ni, yang pentadbir senang-senang saja tolak perintah dan gunakan budi bicara mereka. Ramai guru menyanjung pentadbir yang kononnya banyak budi bicara, walhal dari segi etikanya pentadbir begini adalah engkar perintah kerana tidak melaksanakan perintah sebagaimana dalam arahan pekeliling atau Akta Pendidikan. Kes menggunakan budi bicara hanya timbul dalam keadaan yang dibenarkan saja. Ibarat hakim…katakan hukuman menyamun bersenjata adalah penjara 5-10 tahun. Bila mahkamah mendapati tertuduh bersalah, budi bicara hakim ialah mengenakan hukuman sama ada 5,6,7,8,9 atau 10 tahun saja. Itu budi bicara. Bukannya jatuhkan hukuman 3 tahun saja.




5. Kedatangan pegawai jabatan (PPD/JPN)
Kedatangan pegawai PPD dan JPN akan menyebabkan leher dan kepala kebanyakan guru semakin panjang. Ada yang cuti mc lagi. Alasan mereka : “Lecehlah…Pegawai JPN/PPD hanya tahu mencari kelemahan guru saja”. Alasan sebenar – “Wa tahu tak buat kerja wa – fail tonggang langgang, program akademik langsung tak buat – Cuma atas kertas perancangan strategik, taktikal dan operasi saja, analisis peperiksaan main temberang saja dan soalan yang disediakan main tangkap muat dalam buku Sasbadi, Longman, Fajar Bakti, dan sebagainya.” “Yang wa tahu hujung tahun wa mesti dapat bonus, kalau tak…Memang sah Najib (DS) kedekut.”


6. Berucap di majlis perhimpunan sekolah

Alasan mereka “Wa bukan takut beb. Wa malas nak menunjuk-nunjuk saja.” Alasan sebenar “Wa ketar beb. Wa bukan biasa bercakap kat depan. Wa biasa mengumpat dalam kumpulan 4,5 orang saja dan bebas nak cakap apapun (walau tiada fakta).” Dalam perhimpunan, mereka perlu berucap secara rasmi - kena sediakan beberapa maklumat yang berkaitan – statistik atau data. Mereka mana rajin tentang itu.




Kesimpulan : Bagi guru yang tidak memiliki sikap di atas…anda adalah guru sebenar. So, sajah Usman Awang “Guru oh Guru” akan wa dendangkan. Tapi kandungannya lu cari le sendiri.
Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum