Dalam sejarah panjang wa jadi guru…wa lihat banyak tabiat sesetengah rakan-rakan guru yang tak boleh dijadikan contoh. Tapi iyelah sape wa nak tegur guru-guru. Kebanyakan daripada mereka ini tergolong dalam kategori manusia yang berotak tepu, minda masing-masing dah macam cawan penuh yang tak boleh diisi air lagi. Bila tegur je…mereka pot pet pot pet menghentam wa balik. Kalau lu tak caya, lu cerita le kelemahan dia secara profesional…komen tentang cara dia mengajar (core business) dia. Wa ingat tak habis lagi lu nak cerita, dia akan potong dan habis cerita peribadi lu diungkit, dari bab lu pernah kantoi hisap rokok kat Pengetua, lu terlupa masuk kelas, lu tak hantar buku rekod sampailah ke tahap cerita lu jarang sholat jemaah kat surau…akan habis diungkit. Bukan itu saja, modal kelemahan lu yang lima atau sepuluh tahun yang lalupun akan diungkit. Hilang cerita nak tolong ingat-mengingati, timbul cerita lain.

Gitulah hebatnya golongan guru yang jenis hati kering ni. Langsung tak mahu ambil port tentang nasihat orang. Yang mereka tahu hanya menasihati pelajar mereka saja, diri sendiri tak payah dinasihati lagi.  Iyelah orang hebat yang selalu menasihatkan anak didik mereka, takkan mahu dinasihati pula. Asyik ingat diri hebat saja, padahal pada pandangan rakan-rakan dan pentadbir ibarat hampeh saja. Emm bagi guru yang bukan kategori sedemikian, yang sentiasa berlapang minda dan dada dengan diskusi dan saling nasihat menasihati, wa tabik spring toing toing toing kat lu all. Teruskan usaha (tiru ayat yang biasa kawan-kawan wa guna dalam report card murid).


Ok kali ni wa nak dedahkan tentang apa yang sesetengah guru 'komeng' tak suka. Bukan setakat tak suka, malah ada di antara mereka yang phobia dan takut. Wa ingat walaupun guru tu hensem (macam Shahrukh Khan) atau cute (ala Rozita Che Wan), atau pintar macam Eainstein, atau macho dan ganteng macam Arnold Shwarzenneger, atau yang perempuannya garang dan bersuara bak petir melanda ala Mona Fandey, atau yang suka moody macam pompuan datang haid, kalau dikaji inilah beberapa perkara yang mereka tidak suka dan alasannya.


1. Orang melihat mereka mengajar
Kalau Pegawai PPD, JPN, Pengetua, GPK, rakan-rakan guru dan ibu bapa melihat mereka mengajar, ia akan membuatkan mereka merasa tidak selesa. Alasannya “Wa malu”. Atau “Wa ada penyakit gugup beb.” Sebab sebenar – malas nak buat persediaan mengajar, buat ABM atau menyediakan kertas edaran, dan takut rahsia mereka tak pandai mengajar akan diketahui oleh rakan-rakan, ibu bapa dan pentadbir.


2. Pelajar memberi pandangan tentang cara mereka mengajar.
Ini lagi pantang besar guru. Alasan mereka – pelajar apa tahu? Mana tahu kaedah mengajar, pedagogi dan sebagainya. Sebab sebenar – ego mereka tercabar. Tapi dalam bab mengkulikan pelajar memunggah buku, menaip kertas kerja, mengambil kedatangan, membersihkan kerusi, meja, atau menstapler kertas edaran tak pula dikatakan “pelajar apa tahu?” Walhal pelajar tu dah boleh jadi cikgu juga sebab sebahagian kerja cikgu mereka dah tolong buat.


3. Soal selidik tentang keberkesanan P&P mereka
Pernah tak seorang guru buat soal selidik keberkesanan p&p mereka di kalangan pelajar. Dari pengalaman rambang wa le, dalam 100 orang guru, nak cari 1 atau 2 orang yang buat soal selidik ni payah, walaupun mereka telah berkhidmat 20 tau 30 tahun. Alasan mereka “Leceh la…mana wa tahu format soal selidik tu.” Alasan sebenar : “Kalau wa buat soal selidik tu jawapan pelajar tu wa dah boleh agak. Mesti mereka kata wa mengajar macam hampeh. Wa bukan hampeh, wa guru cemerlang beb”


4. Dipertanggungjawabkan apabila pelajar gagal dalam peperiksaan
Terdapat guru yang tak mahu dipertanggungjawabkan apabila pelajar gagal dalam peperiksaan dan peratus mata pelajaran tersebut merudum. Tapi kalau dengar sajak Usman Awang Guru oh Guru wah bukan main ralip lagi. Masing-masing perasan merekalah yang melahirkan “Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka. Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.” Yang herannya mereka ini nak jadi cikgu. Kalau tak nak bertanggung jawab memandaikan anak orang, jadilah penoreh getah ke, peniaga warung ke atau apa saja.



5. Mengajar kelas-kelas peperiksaan
Mengajar kelas peperiksaan memang agak mencabar. Bagi guru baru “Wa tak boleh le. Wa takde pengalaman.” Bagi guru lama “wa dah penat asyik ajar kelas peperiksaan.” Alasan sebenar “Wa malas nak ajar kelas peperiksaan sebab banyak kerjanya. Nak menanda mak mampus soalan essei beb. Kalau ajar form 1 or form 2, soalan objektif…5 minit menanda dah siap. Lagipun kalau wa ajar kelas periksa bukan Pengetua nak kasi markah prestasi tinggi, atau APCpun.”
Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum