Sunday, November 15, 2009 at 1:05 AM |  
KUCHING 12 Nov – Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.

Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, polis menahan suspek di rumahnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak sekolah.

“Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.

“Suspek yang juga penduduk tempatan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mat Jusoh memberitahu, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pada masa ini, pihaknya sedang melakukan siasatan sebelum mengemukakan laporan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pendakwaan. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana siasatan masih dijalankan.

Komen wa:  Wa tak mahu komen apa-apa sebab Ketua Polis Daerah Sri Amanpun tak komen apa-apa berkaitan kes ni. Cuma kalau memang betul le guru terbabit melakukannya, wa fikir guru terbabit perlu disumbat dalam guni dan dibuang ke sungai untuk santapan bujang senang. Ini juga jenis guru yang harapkan pagar-pagar makan padi. Ingat wahai guru-guru (yang ada niat nak buat kerja terkutuk ni)...jangan sesekali jadi pagar makan padi!!!

Ok, perbuatan guru merogol dan meliwat pelajar memang sahih melanggar undang-undang dan etika pendidik itu sendiri. Namun ada satu lagi perbuatan atau kes yang turut melanggar etika tetapi seakan-akan mulai diterima (buktinya ada yang terlibat tetapi tindakan tidak diambil). Ok isu guru bercinta dengan pelajar boleh tak boleh? Wa ingat ni pun jenis kesalahan yang jelas melanggar etika. Yang berlaku biasanya di kalangan guru lelaki dan pelajar perempuanlah. Namun kadang-kadang ada juga pelajar lelaki bercinta dengan guru perempuan. Wa fikir sebagai guru...semua orang mesti tahu batas-batas hubungan dengan pelajar. Mana boleh terfikir sampai tahap kahwin dengan pelajar, walhal pelajar tersebut masih belajar. Bukan setakat nak bercinta, nak fikir kahwin dengan pelajarpun sepatutnya guru tersebut dah dianggap gila seks. Lainlah kalau pelajar tersebut dah tamat belajar dan guru tersebut mula jatuh 'sun' kat pelajar tersebut. Itu hal lain.


















Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum