Muhyiddin kesal kejadian kipas siling tercabut


ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan pengurusan sekolah memastikan peralatan dan bangunan sekolah selamat bagi memastikan insiden kipas siling di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor tercabut sehingga mencederakan seorang pelajar Tingkatan Satu petang Selasa lalu, tidak berulang.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran kecewa kerana aspek keselamatan di sekolah masih tidak diambil berat oleh pengurusan sekolah sehingga mengundang kemalangan ke atas pelajar.


Katanya, mungkin kipas itu sudah lama atau skrunya sudah longgar sehingga menyebabkan ia tercabut ketika sedang berpusing dan ia boleh dielakkan jika kelengkapan di sekolah diperiksa secara berkala untuk memastikan ia selamat digunakan.
"Pentadbiran sekolah, terutama pengetua dan guru besar ada tanggungjawab dan mereka kena pastikan keadaan seperti ini tidak berlaku kerana malang tidak berbau.


"Mungkin kipas berkenaan sudah lama sangat dan skrunya sudah longgar menyebabkan ia tercabut.


"Ini semua harus dijadikan iktibar dan pihak sekolah mungkin boleh mendapatkan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan pemeriksaan," katanya selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Gunung, dekat sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah itu, Fahmi Harith Abu Bakar, 13, yang terpaksa menerima lebih 10 jahitan selepas terkena bilah kipas siling yang terjatuh di atas meja kelasnya, petang Selasa lalu.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengikuti subjek Bahasa Melayu bersama rakan kelasnya yang lain, kira-kira jam 6 petang.


Pendapat wa tentang isu itu:
Apa sudah jadi bro? Pihak pengurusan sekolah masih tidak mengambil berat akan hal keselamatan pelajar, walhal di sekolah tanggungjawab tersebut sudah memang menjadi tanggungjawab mereka. Ini bukan isu teruk atau tidak pihak pentadbir sekolah tersebut nak menjawab. Dari satu segi, ia memang salah pentadbiran sekolah itu. Bila disebut pentadbir...semua orang akan tergambar Pengetua/Guru Besar, dan Penolong-Penolong Kanan. Betul ke tu? Cikgu biasa bukan pentadbir juga ke?


Ok tak mahu debat hal itu. Wa cuma nak bagi pandangan tentang perkara lain. Apabila terbaca cerita tu fikiran wa terus tangkap...apa yang cikgu-cikgu buat kat dalam kelas tu? Dalam sehari, hampir lima enam orang guru yang akan mengajar di sesebuah kelas - bergilir-gilir ikut turn/period masing-masing. Persoalannya mengapa kes di atas masih berlaku? Wa tak nampak salah pak guard atau wak tukang sapu. "So, itu takdirlah ustaz". Mungkin yang lebih alim akan segera menyalahkan takdir.
Pada wa tu memang dah sah-sah salah guru le. Takkan dalam lima enam orang guru yang masuk kelas tu tak seorangpun perasan yang kipas tu ada masalah...skru dah longgar ke, kipas dah gegar lain macam ke, atau bunyi dah berkeriut semacam ke? Wa fikir inilah sikap kebanyakan guru di sekolah (termasuk sekolah tu)…sikap tak mahu ambil tahu! Guru yang macam ni ramai.Mereka lupa kerajaan bayar bukan sikit bro gaji cikgu tapi ramai cikgu yang alpa dan buat tak hal akan keselamatan pelajar dalam kelas. Tentu wa kesian kat cikgu BM tu sebab tak pasal-pasal dia terpaksa menjawab berkaitan accident tu. Wa fikir itu bukan salah cikgu tu seorang tapi wa percaya kesalahan akan diletakkan di bahu beliau. Kesian.
Wa fikir semua orang guru tahu apa yang perlu mereka buat dalam kelas. Merekakan golongan pandai (itu yang menyeybabkan mereka susah nak menerima kalau orang lain ajar mereka). Sebelum P&P, sepatutnya mereka kena pastikan kebersihan kelas, keselamatan pelajar, disiplin kelas, penampilan pelajar, kesediaan pelajar untuk belajar dan sebagainya…barulah mula on mengajar. Hish, nampaknya masih ramai guru yang buat-buat tak tahu pasal itu semua. Mungkin bagi mereka membazir air liur saja, atau memenatkan lidah saja. Ini termasuk golongan guru 25 haribulan le. Masuk kelas mereka terus mengajar…mengajar…mengajar dan keluar kelas. Masuk kelas lain…ajar…ajar…keluar. Itupun wa fikir barangkali masih ok juga, berbanding masuk kelas suruh pelajar buat kerja sendiri, mereka main laptop dalam kelas. Lepas tu keluar dan main laptop dalam kelas lain pula. Bila berlaku kejadian macam kat atas tu…ha masuk paper. Semua warga guru malu sama disebabkan sikap guru-guru jenis kat atas nun. Wa malas nak komen lagi, nanti ramai guru sound wa lupa diri. Anggap wa berlagak. Anggap wa anti guru. Anggap wa frust bercinta dan berdendam dengan guru. Tapi lu pikirlah sendiri….
Wa kata yang betul: musangman

4 comments:

Radio buruk 007 fm said...

Salam 1Malaysia...
Malang tak berbau. Bila nak malang, cuai sedikit (sekelip mata) je, malang akan menimpa. Sebagai manusia, memang kita tak lepas dari kelekaan dan kecuaian. So, belajarlah dari kesilapan.

November 13, 2009 at 11:06 PM  
musangman said...

Kelekaan dan kesilapan berpunca dari skiap ambil lewa dan malas. Kalau ada guru yang nak bermalas-malas, berhenti je kerja. Ramai orang lain yang nak jadi cikgu. Tak nyusahkan orang lain bro.

November 14, 2009 at 8:32 PM  
Unknown said...

kalo ko dok mengaja dlm kelas pun ade ko nk cek kipas tu... Ye la kite ni memang mudah untuk mnuding jari pada orang lain.. Kadang2 kite dah buat yg terbaik tapi masih juga brlaku kecelakaan.. Ye la kite ni mnusia hanya mampu mrancang, slebihnya kuasa Allah yng tentukan.. Jangan mmpertikan qada' dan qadar Allah...

November 14, 2009 at 10:03 PM  
musangman said...

Kalau kite dah buat yg terbaik tapi masih juga berlaku kecelakaan..wa fikir itu memang 'cobaaaan'...tapi betul ke ramai guru yang ambil port pasal kipas, lampu, kebersihan, keadaan pelajar dsb. Ramai guru yang tak ambil port bro. So,salah siapa?

November 15, 2009 at 1:28 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum