TIMBALAN Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid tidak terjejas. Guru semberono bermaksud guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah.

Sebenarnya bukanlah susah sangat mengenali guru jenis ini. Secara umum sebahagian besar tenaga pengajar sekarang adalah guru yang bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa memberikan kerjasama.

Bukan mudah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti lengkap. 


Oleh itu elok guru berprestasi rendah ini ditempatkan di pejabat pendidikan. Malah, pegawai kanan atau pegawai atasan di pejabat pelajaran dapat 'mengawasi' dan membimbing guru bermasalah ini.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.


Komen Wa: Wa fikir si Zin ni memang jenis 'penin' le. Ada ke patut guru yang bermasalah diletakkan di PPD. Wa tak setuju membiarkan guru yang bermasalah ini bermaharajalela di PPD. siapa kata pegawai di PPD boleh mengawasi guru tersebut. Ingat pegawai tu tak ada kerja lain ke. Silap-silap banyak program terbengkalai kerana terpaksa menguruskan guru bermasalah tersebut. Selain itu, sesiapa yang bertugas di PPD, masing-masing ada jawatan sama ada jawatan itu wujud, atau sebagai pegawai sangkut. Dan kalau hendak menempatkan guru bermasalah, mereka perlu mengisi jawatan tersebut. So, relakah anda berpegawaikan orang yang bermasalah? Wa fikir murid-murid pendidikan khaspun tak ingin berguru atau berpegawaikan orang yang bermasalah. So, apabila berada di PPD, guru bermasalah tersebut takkan hanya makan gaji buta saja, tentu mereka juga akan diberikan tugas-tugas tertentu, yang akhirnya akan menyebabkan mereka menjadi penyelaras . Ada ke patut guru yang bermasalah dibiarkan meng'handle' atau menyelaraskan program yang akan dilaksanakan oleh guru yang tidak bermasalah. Mana logik idea tu.  Wa ingat kalau si Zin tu nak aplikasikan idea 'kering darah' dia tu, wa mintak dia praktik dulu dalam komuniti dia dulu le. Kalau dia duduk di mana-mana kampung di Pontian tu, silalah lantik mana-mana penyamun, gangster, kaki raba, kaki ngendap, kaki pemalas dan kaki melepak yang ada dalam kampung dia dalam JKKK, lagi baik kalau terus lantik mereka sebagai pengerusi JKKK. Kalau dia hasilnya memang positif, barulah dia cadangkan balik kat Kementerian Pelajaran berkaitan dengan penempatan guru bermasalah di PPD.


Pada wa guru bermasalah perlu didefinisikan dengan tepat. Perlu ada jawatankuasa atau tribunal yang dianggotai oleh orang yang berkelayakan - adil, saksama, berpengetahuan dan empati. Dari pengalaman wa le...ada tiga kategori guru bermasalah. Yang pertama, guru yang memang bermasalah - disebabkan sikap engkek (ego dan bodoh sombong paras gila babi). Mereka ini merasakan mereka betul saja dan bekerja ala kadar saja. Mereka ini jenis yang tiada minat, tiada komitmen nak memajukan sekolah, tiada keinginan nak bekerjasama dengan rakan-rakan guru lain untuk membuat perubahan di sekolah. Jenis ini 'berkira' tentang kerja. Tapi dalam bab gaji dan bonus jangan nak usik sikitpun. Yuran PSKPP RM 3.00pun diungkit sampai bertahun-tahun.


Kategori yang kedua ialah cikgu yang menghadapi ujian Allah - berpenyakit yang kronik selepas berkhidmat. Guru jenis ini memang sudah hilang kemampuan nak mengajar tetapi masih memerlukan kerja untuk menyara hidup diri dan keluarga.  Ini yang kita sebenarnya serba salah...kesian ada, boringpun ada sebab asyik kena relief kelas dia saja.


Kategori yang ketiga pula bermasalah dengan pihak pentadbir sahaja, sementara dengan pelajar atau rakan sejawat mereka ok. Mereka cuma tak begitu digemari oleh Pengetua, GPK1 atau pentadbir yang lain saja. Mereka ini mungkin agak laser menegur kepimpinan sekolah, atau lantang dalam mesyuarat. Ada sesetengah tu lantang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, seterusnya dapat memberikan idea yang lebih baik. Wa fikir kalau Pengetua yang profesional, mereka tentu menghargai golongan guru jenis ini. Cuma mungkin ada sesetengah Pengetua yang agak emosional yang tidak boleh menerima kritikan (biasanya Pengetua perempuan kot...suka berdendam sampai pencen). Ada setengah tu pula hanya tahu mengkritik, sementara cadangan tak ada. Kalau jenis yang ni kalau wa jadi Pengetuapun wa tangkap menyampah.


Pada wa dalam ketiga-tiga kategori ni, jenis pertama dan kedua memang tidak boleh ditolong. Cara menguruskan mereka ialah suruh mereka berhenti saja. Sementara kategori yang ketiga masih boleh dibantu dengan menukarkan mereka di sekolah lain. Kalau sudah beberapa sekolahpun mereka masih bermasalah dengan pentadbir, masukkan mereka di kalangan guru kategori yang pertama dan suruh mereka berhenti. Mudah saja.    

Wa fikir mudah saja. Memang duit kerajaan yang bayar gaji guru bermasalah ni. Bukan duit wa. Tapi lu all kena ingat...golongan guru bukan saja boleh membantu murid-murid mengenal huruf, malah mereka juga boleh pelingkupkan masa depan mana-mana pelajar. Bagi guru bermasalah yang malas (kalau sesekali adatlah manusia, tapi ni jenis sepanjang tahun malas) mengajar misalnya, berapa banyak murid yang teraniaya disebabkan mereka. Siapa yang hendak kita selamatkan dari segi keutamaannya? Sebilangan guru bermasalah atau jumlah pelajar yang ramai? Lu carilah dalam mana-mana organisasi yang berjaya...ada ke mereka menyimpan pekerja yang bermasalah? Kalau ada tunjukkan kat wa, wa akan potong rambut wa ni.  Wa pun hairan kenapa kerajaan (atau ketua jabatan) susah sangat nak singkirkan golongan yang bermasalah ini. Kalau bermasalah sikit-sikit okey lagi, tapi dari pengalaman wa...yang bermasalah besarpun masih nak disimpan, nak buat apa?Tu sebab kalau ada berita tentang guru rogol murid, guru meliwat murid, guru menumbuk murid, wa tak hairan....ketua jabatan (kerajaan) terlalu lembut, terlalu banyak beri muka sampai mereka jadi mua.


Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum