Hari ini sudah masuk minggu ketiga cuti hujung tahun 2009 berlalu. So, sebelum terlambat wa nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua Guru yang komited mengajar dan bertungkus lumus berusaha memajukan sekolah masing-masing. Cuti ni gunakanlah sebaik-baiknya untuk melapangkan kepala dan minda, agar tahun depan tenaga dan minda dapat di refresh semula dan dapat menjana idea-idea yang lebih hebat. Buat guru yang tak komited, alias guru 25hb, wa tak nak ucap apa-apa sebab cuti ke tak cuti ke sama saja bagi mereka...macam cuti juga.

Bercerita bab cuti ni wa fikir semua cikgu memang bergembira untuk bercuti. Bergembira nak cuti tak salah, itu normal…manusia biasa. Tapi yang hairan bin ajaib bin pelik bin confuse apabila melihat cikgu terlalu excited nak bercuti mengalahkan pelajar pula.. Ini bukan wa tembak-tembak, ni wa cerita benar. Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yang 'berdagang di tempat orang', lagilah pulak...kalau boleh petang Jumaat tu nak cabut balik kampung.Wa ingat bukan 'kalau boleh', malah dah ramai dari puak tu dah betul-betul cabut balik kampung petang Jumaat tu lagi. Siap ada yang mc hari Jumaat. Yang tidak mempunyai kereta sendiri…alasan tiket bas, tiket keretapi atau tiket kapal terbang dah habis. Yang berkereta sendiri, alasan rabun jauhlah, tak boleh pandu malamlah dan sebagainya (dah tau tak boleh pandu malam, siang esok atau esok lagi kan ada). Kesian, macamlah mereka terlalu penting dalam keluarga sehingga sebarang kelewatan balik ke kampung halaman akan merosakkan keceriaan keluarga mereka. Kalau memang ada hal penting seperti keluarga atau diri mereka mengadakan majlis kahwin atau sakit takpe juga, tapi ni takde apa-apa alasan, kecuali rindu konon. Piraalah. Emm itu hak mereka. Yang kesiannya…pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan. Tinggallah murid-murid mereka tu berjuang sorang-sorang tanpa sokongan moral dari guru mata pelajaran tersebut. Kategori cikgu macam ni pun ada.

Ok itu pasal cuti. Takpelah wa abaikan sebab wa pun suka cuti juga. Yang wa paling sadis kat sesetengah guru apabila hari pertama mereka mula bertugas. Lu all mesti perasan mood atau muka kebanyakan guru yang datang mengajar pada hari pertama mana-mana cuti, tak kira cuti akhir tahun, pertengahan semester, pertengahan penggal, cuti raya atau cuti peristiwa… muka masing-masing [kebanyakannya] kelat, tak ceria, ada tu macam siput babi je. Kenapa jadi macam tu? Itulah kalau terlebih bercuti. Sebenarnya bagi wa...berkaitan dengan cuti ni juga, wa dah buat kajian tentang gelagat guru berkaitan cuti ni. Hasil dapatan wa mendapati dalam seminggu cuma sehari saja kebanyakan guru (bukan semua) ada semangat nak mengajar. Hari Isnin...kebanyakan guru letih dan lembik semacam, iyelah hari pertama masuk kerja. Time ni jangan pelajar salah sikit, harus kena denda yang tak sepadan dengan salah. Yang pendiampun pada hari tu boleh menjadi seorang yang pandai berleter [yang kuat berleter pada hari biasa, jangan cakaplah….handikap le hari tu] Hari kedua (Selasa), sesetengah guru masih belum ada mood mengajar, masih moody. Hari ketiga (Rabu) mood baru datang. Mereka mula bertugas dengan sepenuhnya. Hari Keempat (Khamis) mood mula hilang sebab dah ingat nak bercuti. Hari kelima(Jumaat), hati dah jauh dari sekolah. Dalam minda dan hati dan start bercuti. Beginilah yang berlaku dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun sampai sesetengahnya sampai pencen. Macam mana sekolah nak cemerlang? Macam mana masyarakat nak respect kat golongan guru sekiranya masih ramai guru berminda macam tu? Macam mana pelajar nak berminat belajar, sedangkan yang mengajarpun tak minat nak mengajar??

Macam-macam cikgupun ada. Lu fikirlah sendiri.
Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum