Saturday, December 12, 2009 at 3:28 AM |  

Erti Sebenar Guru Cemerlang

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik. Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.


Komen wa: Kalau lu dah setuju, buat apa merunggut lagi. Tolol ko?

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.


Komen wa: Jangan jadi penipu bro. Mana lu dapat anggaran 80% guru hilang fokus untuk mengajar. Lu ada buat kajian ke? Berapa orang lu punya sampel? Ni yang wa tak berapa berkenan dengan perangai kebanyakan guru yang yang main sembrono kasi angka untuk kononnya menguatkan hujah. Profesional sikit bro, kalau tak ada data jangan bercakap macam ada data. Tu penipu namanya. Pesan wa: Jangan samakan orang lain dengan lu yang pemalas.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.


Komen wa: Guru merunggut bukan sebab P&P terganggu. Lu boleh bohong mak bapak kat kampung, atau kat felda, atau kat hulu tembeling nun. Tapi jangan bohong wa. Ramai guru kalau dihantar berkursus di hotel-hotel [kadang-kadang sesetengah tu, mereka yang memohon untuk dihantar berkursus] atau pergi jadi hakim pertandingan itu ini, atau jadi guru pengiring aktiviti kokurikulum, ramai yang bukan main seronok. Ada sesiapa yang fikirkan proses P&P terganggu? Tak ramai bro. Yang terfikir adapun cuma cikgu yang tinggal kat sekolah [kes iri hati dan sakit hati le kena sit in @ relief]. Hujah cikgu ni memang nampak bermotif lain.

Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.


Komen wa : Tugas perkeranian ni apa? Cikgu ke yang buat gaji? Cikgu ke yang keluarkan cek untuk membayar hutang sekolah kepada pembekal? Cikgu ke yang uruskan fail-fail dalam pejabat sekolah – seperti fail peribadi guru, fail kewangan, dan fail perolehan. Aisey bro, pegang 10 buah fail yang berkaitan dengan panitia mata pelajaranpun menganggu P&P. Lu buat kajian kat mana? Kat Papua ke? Kalau lu tak nak uruskan fail, lu cari sekolah kat Afrika bro. Kat sana tak perlu susah-susah nak uruskan fail [mungkin]. Begitu juga semasa P&P, mesti ada pentadbirannya. Mesti perlu dipantau untuk mengelakkan penyelewengan. Mesti ada evidentnya. Apa evident tersebut? Ha Buku Rekod Mengajar. Tu sebab mesti tulis buku rekod mengajar sebelum P&P berlangsung. Kalau lu nak mengajar tanpa ikut peraturan, ikut suka hati lu saja…lu pi mengajar kat Afganistan tu.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.
 

Komen wa: Cikgu ni dah bertambah mengarut. Dia dendam tak dapat naik pangkat kot. Kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah (kurikulum) memang sepatutnya diketuai oleh orang akademik sendiri. Betul-betul biol punya cikgu le mamat ni. Ada cikgu yang rela diketuai [baca:diarah dan diperintah] oleh golongan lain ke – Doktor, Arkitek, Akauntan. Malah kehadiran PTD dalam Jabatan Pelajaranpun kurang disenangi oleh majoriti guru – data dari laporan KPPK tahun lepas].

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?


Komen wa: Biol bertambah tingtong. Cikgu bodoh nan seorang ni nak tutup pintu rezeki guru-guru yang berminat dan berkebolehan dalam pentadbiran. Sebagai guru, doktor, arkitek dan apa jua bidang dalam perkhidmatan awam, kita ada dua lorong, sama ada berkecimpung dalam pentadbiran atau dalam perkhidmatan [contohnya mengajar]. Mana-mana organisasi, ahli organisasi lazimnya lebih gembira ditadbir oleh mreka yang seorganisasi dengan mereka. Contoh dalam bidang perubatan, ramai doktor lebih suka ditadbir oleh doktor sendiri. Begitu juga dengan lawyer, akauntan, dan bidang lain. Orang akademik memang rendah tarafnya [dari segi pangkat dan kuasa], walaupun mereka bergelar Guru Gred Khas C (setaraf JUSA C), berbanding seorang Pengetua DG48. Ini fakta. Hanya orang bodoh yang tak suka ditadbir oleh orang bodoh [mereka suka ditadbir oleh orang pandai. Wakaka].

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak! Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang ‘bestari’, ‘cemerlang’ dan ‘pakar’ ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya.


Komen wa: Wa ingat guru ni pun tak faham tugas-tugas guru le. Mungkin dia pernah mengajar di Irian Jaya. Mungkin kat sana tugas dia cuma meningkatkan prestasi akademik pelajar dia saja. Bagi wa tu cuma cikgu pusat tuisyen saja. Di Malaysia, tugas guru boleh diklasifikasikan kepada bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain. Kalau nak bagi APC kepada guru yang berjaya meningkatkan prestasi murid, memang semua gurupun ada sumbangannya, kecuali guru 25 hb saja. Guru yang mengajar tingkatan 5, pelajar yang diajar dan mendapat A bukan kerja dia seorang saja sebenarnya. Tu semasa budak tu tingkatan 4,3,2 dan 1, siapa yang mengajar. Takkan tetiba budak tu terus pandai membaca dan masuk tingkatan 5 saja. Kenaikan pangkat untuk jawatan pentadbiran memanglah perlukan seseorang yang cemerlang dalam bidang pentadbiran, sementara kenaikan pangkat guru cemerlang memang sepatutnya disebabkan kecemerlangan P&Pnya. Bab inipun guru tersebut tidak faham. Teknik P&P adalah sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada keberkesanan P&P [faktor lain – kemantapan pengetahuan guru, ABM yang digunakan, Pengetahuan sedia ada murid, disiplin murid, dan keselesaan dan kekondusifan kelas]

Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.


Komen wa: Dalam hal ini, realiti mungkin betul tapi ini bukan salah sistem. Salah ketua jabatanlah. Untuk mendapat anjakan gaji, selain daripada lulus PTK tahap A bagi kedua-dua kertas, syarat lain juga perlu dipenuhi, termasuk perakuan Ketua jabatan. Kalau malas masuk kelas, kenapa Pengetua tidak menggunakan tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk menghalang guru tersebut mendapat kenaikan gaji? 


Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar. Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan. Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat ‘melawan ketua’, tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.


Komen wa: Tahniah kepada guru yang sangat konsisten tersebut [pada pandangan guru inilah]. Bolehkah kita katakan konsisten hanya berdasarkan catatan keputusan peperiksaan? Haa yang ni pun wa tak setuju dengan cikgu yang komplen ni. Tetapi apabila guru tersebut [yang komplen] mengatakan bahawa guru-guru dan murid-murid menyanjung dan menghormati guru tersebut, maka wa fikir memang guru tersebut memang guru yang benar. Kesilapannya kerana dia selalu menentang ketua [kenapa? Tiada huraian – sukar wa nak ulas]. Wa fikir ini kes terpencil. Memang ada ketua jabatan yang jenis ini – tak boleh ditegur, suka melabel orang, suka berdendam, tapi puak jenis ni dah hampir pupus. Sebagai guru yang bertanggungjawab, guru-guru lain, perlu bertindak dengan membuat aduan kepada pihak atasan. Ketua Jabatan bukan takde boss kat atas ma.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun? Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.


Komen wa: Memang ada kes guru tak pandai mengajar tapi pandai membodek dapat naik pangkat. Ini wa tak nafikan. Namun jangan lupa, ramai pentadbir juga adalah guru yang pandai mengajar. Memang core business guru adalah mengajar. Tapi wa ingat ini guru tak habis mengaji lagi. Tu sebab masa buat ijazah jangan asyik tuang kelas. Wa dah bagitau tadi, tugas guru bukan setakat mengajar. Tugas guru bukan setakat dalam bidang kurikulum, malah melangkau jauh ke bidang lain dengan tujuan menyokong kurikulum. Setakat pandai mengajar bukan bermakna profesional. Profesional bermakna guru dapat melaksanakan tugas yang diberikan [tugas-tugas yang diberikan – kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain] dengan sempurna dan mencapai tahap yang dikehendaki. Lu carilah satu profesion yang buat satu kerja saja. Ada? Takde beb. Polis misalnya – jaga keselamatan – tapi buat juga tugas lain seperti kempen kemalangan, pendidikan, penyiasatan, ceramah dan sebagainya. Doktor – bukan setakat merawat pesakit, malah turut membuat kertas kerja, kajian penyakit dan sebagainya. Guard (Jaga) juga kena buat kerja-kerja pentadbiran seperti menulis report.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM. Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Komen wa: Piraa mabuk. Guru dilihat tak profesional sebab ada banyak guru macam lu. Asyik merunggut keja banyak, walhal kerja sikit. Kerja menaip dan mengemas failpun diungkit macamlah itu kerja yang sangat berat.  Walhal kalau dibuat secara smart, semester sekali saja beb. Sedangkan Menteri juga kena tengok dan uruskan fail, inikan pula guru. Mana nak taruk muka kalau banyak sangat golongan guru yang macam ni…kerja kecil tapi diadukan macam perkara besar.


Kesimpulan wa : Seorang guru perlu faham tugas mereka yang sebenar. Guru di sekolah bukan seperti guru tuisyen, yang hanya mengajar. Penumpuan P&P guru terganggu bukan disebabkan kerja-kerja perkeranian, tetapi disebabkan SIKAP guru tersebut. Jangan salahkan kerja perkeranian, tetapi salahkan SIKAP dan KOMITMEN guru yang semakin terhakis. 

P/s :Tulisan berwarna     adalah komen penulis dalam Berita Harian.
Tulisan berwarna    adalah komen wa.



Wa kata yang betul: musangman

7 comments:

BapakMusang2010 said...

Komen wa pula:

Berapa kali dah lu pergi mengajar/tengok sendiri sistem P&P di Papua,Afrika,Irian Jaya tu?? Apa data2 yg menyokong kata2 lu tu? ada ke? Profesional lah skit bro...jangan main cakap je sekadar nak menguatkan hujah!

Melalui kesimpulan lu tu, adakah lu dah buat kajian/soal selidik? Berapa ramai sampel yg lu buat? Ke sekadar tengok2 beberapa contoh guru2 di sekolah lu je? jangan main buat komen je bro, tunjukkan angka2 dan bukti skali....

Kalau org lain komen lu cakap tak ada data lah, itu lah ini lah...habis apa yg lu cakap tu ada data tak????

Boleh blah lah bro.....lu pun 14x14 je!!!

January 9, 2010 at 11:57 AM  
musangman said...

Tq atas komen lu.
Wa cuma nak minta lu berikan lu punya stand...betul ke guru terbeban dengan kerja yang banyak? Lu tak jawab isu pokok yang wa utarakan.

January 12, 2010 at 1:42 PM  
BapakMusang2010 said...

Wa ni bukannya pengkaji. Tapi wa ni jadi pembaca je... wa baca paper...wa baca buletin NUTP dan wa baca artikel2 dalam internet. So, mengikut apa yg wa belajar dulu dalam isu2 pendidikan di malaysia, pokoknya senang je.. kalau tiada angin takkan pokok bergoyang. Kalau isu ni dah masuk sampai ke buletin NUTP, maknanya ramailah yg utarakan isu tersebut. Itu je, yg lu nak tau siap dengan data ke apa kejadah lagi, baik lu pi buat kajian sendiri je. Lu jangan tanya wa berapa orang lah ya, sebab itu soalan bodoh...wa x da masa nak g soal selidik guru2 kat malaysia ni.

January 14, 2010 at 7:33 AM  
musangman said...

Pak oh Pak...
Wa ahli KPPK juga tapi kekadang tu loya melihat gelagat pemimpin KPPK. Untuk popular, mereka mencipta isu. Dari dalam hati lu yang ikhlas, betul ke guru terbeban dengan banyak tugas? Benarkah tugas tu banyak sehingga menjejaskan P&P jika guru benar-benar menggunakan masa bekerja mereka? Kalau lu fikir memang banyak kerja, itu pandangan lu. Wa terima.

Tapi pada wa, dari pengalaman kerja di syarikat swasta sebelum menjadi guru, kerja sebagai guru jauh lebih rileks.

Mungkin perbezaan pendapat ini wujud disebabkan lu dan pure guru yang lain tak pernah kerja di sektor swasta, terutamanya di bidang perkhidmatan - perbankan, insurans, sekuriti dsb. Tu sebab, benda yang kecil seperti menanda kedatanganpun dianggap membebankan!

January 16, 2010 at 12:48 AM  
BapakMusang2010 said...

Macam ni lah musang... pendapat wa sendiri dan berdasarkan pengalaman wa sebagai guru, tugas guru memang penat! TAPI (ada tapinya), bergantung kepada jumlah jawatan yg mereka pegang. Cthnya guru yg pegang KP,S/U Panitia Daerah, Guru Sumber, S/U PIBG, dan ketua2 penasihat kelab memang terbeban. Wa cakap sama lu ah, masa wa mula2 posting dulu, mcm2 wa kena tanggung, ditambah pulak dengan waktu mengajar yg banyak, lu ingat sempat ke nak uruskan perancangan xtvt itu ini, laporan, surat2 (wahal bukan core business kita pun). Sekarang ni pun sama lah dengan org luar yg hanya tau dan nampak cikgu ni keja separuh hari, tapi dia pun bukannya penah keja jadi guru. Wa nak tanya lu brapa byk jawatan yg lu pegang kat sek? Kalau x bnyk mesti lah x terasa azabnya. Ptg ni wa turun padang, tolong member buat line padang sampai jam 7 ptg, besok sambung lg. (SABTU dan AHAD ni) utk sukan(wlupun sukan hanya sampai bln 3), lu ingat org luar nampak ke kita buat keja tu? Buat line tu keja siapa bang?? wa sendiri pun x penah diajar buat line semasa kat U dulu... Kalau keja Bank/office/kilang, ada mereka bawa balik keja mereka kat umah? ataupun ke hari sabtu dan ahad?? yg keja syiff kilang tu lain lah kan sbb syif.
Itu lah yg dimaksudkan dengan kerja2 perkeranian, tidak semestinya kerja yg kerani sekolah buat. Harap paham lah skit beb...

P/S: Lu jangan tuduh org cipta isu ataupun sebagainya tanpa usul periksa....sebelum depa keluarkan kenyataan tu lu kena ingat, mereka dah bermesyuarat terlebih dahulu baru lah ditimbulkan isu tu.

January 16, 2010 at 9:54 PM  
musangman said...

Pak oh Pak Musang2010...
Wa ingat lu jangan fanatik sangat dengan KPPK punya orang. Wa ingat dalam isu guru yang mengalami tekanan perasaan...Setiausaha KPPK (Lok Yim Pheng) kata tiap-tiap hari ada guru sakit jiwa. Bila Datuk Hisahamudin minta bukti, beliau senyap. Kenapa? Sebab beliau tahu beliau berbohong.

Wa setuju kalau perjuangan dan permintaan yang mereka pinta tu berasas. Macam lu, wa tak caya lu buat line padang tiap-tiap hari. Right? So apa yang terbeban sangat? Wa akui bahawa tugas guru memang penat. Sama macam kerja menoreh, kongsi kong, jaga (yang nampak rileks) tu pun penat sebenarnya.

Kesimpulannya wa cuma nak minta semua guru bersyukur kerana dapat bekerja sebagai guru. Budaya meminta-minta (secara berlebihan) sehingga cuma nak mengajar saja (tanpa buat lesson plan, fail dan sebagainya) bukan menunjukkan kecerdikan golongan guru.Itu menunjukkan ketidakprofesionalan para guru, dan menunjukkan kedangkalan pemahaman mereka dalam proses pendidikan.

Orang manja sesekali...akan dilayan orang. Orang merajuk sesekali...akan dipujuk orang, orang meminta sesekali...akan ditunaikan orang. Tapi kalau orang yang selalu memanjakan diri, selalu merajuk dan selalu meminta-minta...akhirnya akan dibenci dan meloyakan orang.

January 18, 2010 at 11:13 PM  
BapakMusang2010 said...

Musang,
wa pun cakap wa buat line hari2 kan? wa siap cakap lagi sukan cuma sampai bulan 3. Itu cuma salah satu contohnya. Apa, lu ingat lepas buat line padang tu cikgu2 dah tak ada beban lah samapai hujung tahun??? apa daaa ko ni musang, nak menang debat pun patu2 lah kan....Tapi lu paham tak erti pengorbanan seorang guru?? itu belum kira yang keluar duit saku lagi untuk beli itu ini dan belanjan budak2 makan/minum time minta tlg mrk. Semua tu pun bebanan tau tak? skrg ni kita cakap mengenai bebanan...bukan bebanan kerja je, termasuk lah bebanan mental, fizikal, masa dan kewangan sekali.

January 20, 2010 at 10:22 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum