Sunday, December 20, 2009 at 3:06 AM |  
Guru cabul murid dihadap ke mahkamah


NIBONG TEBAL: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun.


Anuar Sha''ari, 47, dituduh melakukan melakukan kesalahan itu di kelas muzik di sebuah sekolah rendah di Jawi di antara jam 3 hingga 4 petang pada 17 November lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.


Majistret Mohd Izham Ali, menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Wang jaminan itu dibayar bapa mentuanya.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir manakala tertuduh diwakili peguamnya, Sudesh Singh. - Bernama


Komen wa : Bila membaca berita ini, pertama kali wa tengok kat mana berlaku. Wa menarik nafaz lega, bukan kat daerah atau sekolah tempat anak wa belajar. Emm maknanya bukan anak wa atau anak saudara mara wa yang kena. Cis, tapi memandangkan budak yang kena cabul tu tetap saudara wa (seislam), wa jadi cukup kesian. Nampaknya tempat yang selama ini boleh dianggap selamatpun dah tak selamat. Apa dah jadi dengan sesetengah guru ni? Setelah habis ilmu dicurahkan kepada murid-murid mereka, adakah mereka kehilangan ilmu dan akal, lalu menjadi tolol sehingga tergamak mencabul anak didik sendiri? Setahu wa ilmu bukan macam duit atau harta benda, ilmu semakin diajar kepada orang, ia tak luak. Malah ia semakin mantap, malah memandaikan lagi orang yang mengajar.


Dari sisi lain, wa lihat kes di atas turut menuntut satu mekanisme baru untuk memilih bakal-bakal guru. Emm tak perlulah diletakkan syarat agar semua bakal guru dikasi atau dikembiri. Itu zalim namanya. Wa pun tak sanggup jika dibuat begitu. Ha ha ha.


Pelbagai kaedah tapisan dibuat oleh kementerian untuk memilih guru yang kononnya benar-benar layak.  Wa diberitahu, daripada 100,000 orang calon yang memohon, hanya sekitar 6000 orang atau 7000 orang saja dipilih untuk mengisi kursus-kursus pendidikan, seterusnya dilantik sebagai guru. Malangnya, daripada sejumlah besar calon yang ada, pihak-pihak yang berkenaan masih gagal mengenal yang mana kaca, yang mana manikam. Bodoh sangatkah penemuduga, atau pihak yang memilih itu? Atau sistem memilih itu sendiri tidak berkesan? Daripada seramai itu yang memohon, untuk memilih sekitar 6%-7% bakal guru pun masih tersalah pilih. Mustahil 90% calon lain yang memohon itu jenis yang tak layak. So, apa sudah jadi dengan sistem pemilihan itu?

 

Wa kata yang betul: musangman

5 comments:

BapakMusang2010 said...

Lu ni Bodoh ke Banggang Musang?? Benda yg simple macam tu pun lu x boleh pikiaq!! Lu ingat penemuduga tu tau sangat ke perwatakan calon2 yg ditemuduga tu?? Itu lah baru kali pertama bersua muka kat dalam bilik temiduga tu. Si penemuduga tu bukannya kenal pun si calon2 tu, kalau jiran sebelah rumah mereka ya lah. Kalau perwatakan macam mak nyah ke, tomboy ke.. boleh lah dikenal pasti....ini perwatakan dalaman....mungkin masa temuduga tu mereka tunjuk muka baik je. Benda macam ni pun lu x boleh pk ke hah?? Wa teringain sangat nak kenal muka lu yg sebenarnya....

January 8, 2010 at 7:37 AM  
musangman said...

Lu lagi bangang. Nasib baik lu tak jadi pegawai-pegawai yang menjadi penemuduga tu. Satu lagi, nasib baik lu jadi cikgu je, kalau jadi polis ke SPRM ke...alamat lepas bebas le penjenayah. Buat lu bro yang bodo... banyak kaedah kita boleh kenal ciri-ciri atau sifat sebenar seseorang. Selain daripada belajar teknik body language, kita juga boleh guna pelbagai alat dan ujian untuk mengesan minat, bahkan alat pengesan bohongpun ada bro bodo. Lu tengok macam mana bahagian sumber manusia di bank atau di kilang memilih pekerja. Ada yang mereka pilih pekerja yang bodo macam lu? Wakkaka

January 12, 2010 at 1:48 PM  
BapakMusang2010 said...

Habis lu pikir kalo penemuduga tu temuduga calon cikgu yg gila seks misalnya, apa body language yg dia akan tunjuk? dok tunjuk muka stim kat si penemuduga tu ke??? ataupun ambik mana2 pelajar yg seksi dan cun melecun sebagai alat ujian??? then pakaikan alat pengesan bohong kat kepala calon cikgu tu?? kah kah kah...lu patut p masuk Raja Lawak lah musang!!! tak pun jadi badut!!! tak pun jadi Mr. Bean Musangsial.. x dapek den nk mikir ni hah... huhuhu (sanggup dia cakap benda bukan2 semata2 untuk tunjuk dia betul-ini lah contoh guru cemerlang malaysia)

January 14, 2010 at 7:26 AM  
musangman said...

Pak oh Pak Musang...
Sebenarnya dalam HRM, kalau pelajar sarjanamuda HRM, anda akan didedahkan dengan teknik temuduga, termasuklah teknik-teknik untuk mengesan minat dan perwatakan calon.

Wa sebenarnya hairan sebab dalam ratusan calon yang memohon jadi guru, dan jumlah yang hendak dipilih cuma sekitar 6000 orang, masih banyak tersilap pilih. Mengapa guru yang sengau (tak boleh sebut R), tak boleh bertutur in English (walhal opsyen BI), yang lembut(mak nyah) dan yang tak berminat jadi cikgu boleh dipilih. Ngape jadi gitu? Sepatutnya dalam ratusan pemohon tu, penemuduga yang berkesan mudah saja mengesan 6000 orang.

January 16, 2010 at 12:57 AM  
BapakMusang2010 said...

Lu jangan crita lah mengenai 'atas kertas' dengan yg betul2 punya. Lu ingat lu belajar teori bagaimana nak buat kereta tu lu boleh pandai buat ke kalau lu x masuk praktikal?? Oh ya, tadi lu crita pasal guru cabul pelajar...so wa pun comen pasal tu lah, sekarang ni dah timbul pasal guru sengau pulak, x boleh sebur huruf R, lembut dan sebagainya pulak... Kalau masa interview guru BI wa rasa mesti dia ditemuduga dalam BI jugak. So dah tentu lah di boleh speaking masa tu. Tapi kalau yg fresh fraduate dan keluar posting, itu wa percaya memang ada sebab wa pun penah jumpa cikgu lagu tu.

January 16, 2010 at 9:36 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum