KUALA LUMPURDr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.


"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.


"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.


Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.


Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.


Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.


Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.


Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.


Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.


Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.


Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.


Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.


Komen wa : Wa percaya semua guru sarjana berkinja gembira tahap gaban apabila membaca berita di atas. Sebagai sarjanawan, wa fikir isu ini patut wa ulas. Wa percaya tahap Ultraman Dyna kalau guru yang tak ada sarjana yang ulas, nescaya ramai rakan-rakan guru pemegang sarjana dan Phd akan menganggap mereka iri hati, jaki, busuk hati dan seangkatan dengannya terhadap golongan cerdik macam mereka [termasuk wa le juga]. Wa fikir, ulasan wa ni pun akan dikatakan iri hati oleh puak guru pemegang Phd kerana wa masih tiada Phd. Wa sebenarnya bukan totally menolak cadangan Dr Mujahid itu. Cuma sebelum bertambah bercelaru wa fikir cadangan itu perlu pertimbangan yang mendalam. Perkara di bawah perlu diselesaikan dahulu sebelum pelbagai insentif patut diberikan.


Isu wa yang pertama ialah berkaitan dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru-guru pemegang Sarjana dan Phd itu sendiri. Persoalannya adakah guru-guru pemegang sarjana dan Phd itu lebih baik mengajar di kelas berbanding guru ijazah sarjanamuda? Kalau lebih baik, wa fikir mereka memang boleh dipertimbangkan untuk mendapat satu, dua atau tiga anjakan gaji. Namun dari segi realitinya wa tengok di beberapa sekolah yang wa pernah mengajar, mereka sama saja dengan guru lain. Tiada yang istimewa, malah ada yang lebih teruk dari guru lulusan diploma perguruanpun. Mengajar asyik duduk saja [nak berdiri mungkin kurang larat - perut dah boroi tahap Sumo]. Tiada yang benar-benar menunjukkan bahawa ilmu mereka telah bertambah. Yang ketara, kalau adapun...apabila sudah ada sarjana dan Phd, mereka lebih pandai bercakap, tapi cakap merekapun standard ketua kampung kawan wa saja. Hujah tanpa isi, main hentam keromo saja. Di sekolah wa, lebih daripada suku guru mempunyai ijazah lanjutan. Namun pencapaian sekolah wa masih sederhana. Di sekolah wa ada 7 kelas tingkatan 4 dan 7 kelas tingkatan 5. Dua kelas yang terbaik adalah pelajar aliran Sains, sementara bakinya pelajar sastera ikhtisas dan sastera teknikal. Yang kelas pandai tetap lulus dan cemerlang, sementara di kelas yang kurang pandai, ramai yang gagal. Keseluruhannya tidaklah cemerlang. So, mana istimewanya guru sarjana dan Phd ini? So, adakah pemberian anjakan gaji kepada mereka ini sekadar satu pemberian suka-suka? Tidak patut bukan?


Isu yang kedua, laluan bagi pemegang sarjana dan Phd di dunia pendidikan sebenarnya ada iaitu mengajar di maktab, matrikulasi, dan IAB, atau lari ke mana-mana pusat pengajian tinggi. Persoalannya mengapa kebanyakan mereka tidak ke sana? Jawapannya ada pelbagai. Ada yang kata mereka tidak mahu meninggalkan rumah dan keluarga di tempat sekarang konon. Pada wa yang sebenarnya adalah kerana mereka sendiri merasakan mereka memang tidak layak duduk mengajar di sana. Mereka sedar bahawa kerja di sekolah tidak serumit di IPT. Mereka malas, malah takut melakukan kerja-kerja penyelidikan. Mereka ngeri untuk membentangkan hasil kajian atau kertas projek di depan rakan-rakan doktor, atau profesor. Di IPT, tugas mengajar tentu lebih sukar kerana mereka akan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pintar, yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Silap-silap anak Menteri Pendidikanpun ada. Silap-silap ada student tanya dalam Bahasa Inggeris, apa yang mereka nak jawap. Silap-silap ada yang terkencing dalam seluar. Almaklumlah sedangkan Bahasa Melayupun tonggang terbalik, inikan pula Bahasa Inggeris.


Isu yang ketiga, ramai guru yang membuat sarjana dan Phd bukan berdasarkan keperluan kerja/sekolah. Mereka ambil kursus ikut syok sendiri. Mereka ambil yang paling senang saja. Bukan nak meningkatkan ilmu tapi nak buat syarat kononnya ada Masters saja dah kira okeylah. So, apa erti ini semua? Adakah sarjana dan Phd yang spesis kangkong ini layak dipertimbangkan untuk menerima anjakan gaji. Semua sedia maklum bahawa permohonan membuat sarjana dan Phd amat mudah bagi guru-guru, apatah lagi di zaman universiti sudah pandai berniaga ini. Yang penting ada duit. Dengan adanya duit [termasuk sesetengahnya sebab dapat tikam nombor ekor], anda boleh ambil sarjana dan Phd sendiri dan kemudian boleh tuntut kenaikan gaji daripada kerajaan. Ramai kawan-kawan wa yang ambil sarjana secara part time. Assignmentpun main copy and paste, tukar cover saja. Merekapun dapat sarjana. Macam tu nak dapat anjakan gaji ke? [Setelah membaca komen wa ni tentu mereka bertambah jaki kat wa – arnab lu musang].


Isu yang keempat, wa percaya sekiranya cadangan tersebut diterima oleh kerajaan, maka barang tentulah akan semua guru ijazah sarjanamuda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Phd. So, masa itu nanti, semua (atau kebanyakan) guru akan berlumba-lumba hendak belajar. So, wa fikir masa itu murid-murid akan terabai sebab sebahagian guru cuti belajar bergaji penuh, sementara yang lain akan belajar secara part time. So, relakah lu semua [yang kat sekolah full time] relief dengan senang hati? Wa fikir kesan itu akan berlaku di sekolah. Selain itu, wa fikir akan ada setengah guru komeng yang akan memalau pelajar mereka untuk membuat assignment untuk mereka. Pelajar form six misalnya, mungkin akan dipergunakan. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak ke tepi, sebaliknya perlu ditolak ke tengah memandangkan sedangkan guru tak menyambung belajarpun, sebahagian tugas perkeranian sudah di swastakan kepada pelajar mereka. Wa bukan kelentong, lu pasti ada terjumpa guru yang mengarahkan murid mereka menstabler kertas-kertas soalan, mengisi markah ujian, mengisi buku rekod kemajuan murid dan sebagainya.


Isu yang kelima, katakan wa yang berada di DG44 atau beberapa orang member wa di DG48 dan masing-masing mempunyai sarjana, so anjakan gaji itu mengikut DG yang mana? Adakah wa mendapat anjakan di gred DG44, sementara kawan-kawan wa tadi mendapat anjakan di DG48? Hah, kalau ini berlaku, maka rugilah wa dan rakan-rakan yang masih berada di DG41. Ini kerana kenaikan gaji kami kecil, sementara kenaikan di gred DG48 lebih besar. Apa yang akan berlaku ialah wa fikir akan ada ramai guru DG41 dan DG44 (termasuk wa) yang akan menyembunyikan sarjana atau Phd dahulu, dan kemudiannya akan menuntut kenaikan gaji apabila sudah berada di DG48 atau gred yang lebih atas. Ini akan mewujudkan budaya yang tidak sihat. Mana boleh guru berbohong? Tu bagi wa lah. hakikatnya tak kurang ramai guru yang kuat mengelentong. Sepanjang 45 minit mengajar, 10 minit saja berkata benar (mengajar), sementara 35 minit habis bercerita dan mengkelentong pelajar murid mereka saja.


Wa fikir 5 isu ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh pihak kerajaan sebelum cadangan itu diterima. Wa bukan politican. Tapi bagi wa, pembangkang boleh kata apa saja, boleh bawa apa saja isu [sedangkan lembupun mereka bela]…janji popular, dan dilihat perihatin. Sedangkan beban yang menanggung adalah pihak kerajaan.


Bagi pemegang sarjana dan Phd, wa fikir kebanyakan merekapun tidaklah mengharapkan sangat balasan material kerana kebanyakan mereka [termasuk wa] belajar adalah untuk mencari kepuasan. Wa percaya yang menuntut lebih-lebih ni mesti kerja guru-guru 25hb, guru yang kuat merunggut kononnya kerja banyak, atau guru yang kuat berkira tentang kerja. Wa percaya guru yang berkualiti tahu di mana tempat yang mereka patut pergi (dan ramai dah pergipun) apabila sudah mdnapat sarjana dan Phd. Kalau tak pergipun, itu atas kehendak sendiri atas alasan teknikal yang tak boleh dielakkan (macam wa). Bagi guru-guru 25hb…tolong rasionalkan mengapa mereka perlu diberi insentif? Adakah kerana mereka fikir mereka penat belajar? Adakah kerana mereka fikir mereka lebih pandai daripada orang lain? Kalau fikir mereka pandai daripada orang lain…buktikan dahulu. Buktikan di dalam kelas. Buktikan dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah – kurikulum, kokurikulum, HEM dan tugas lain. Buktikan dalam peperiksaan anda sendiri…PTK? Jeng jejeng!
Wa kata yang betul: musangman Labels:

10 comments:

BapakMusang2010 said...

Hello Musang...nampaknya lu masih belum paham SISTEM KERJA DAN GAJI di NEGARA MALAYSIA ni walaupun lu warganegara musangsial. Segala komen lu tu wa akan ulas secara direct to the point saja. Bab2 malas ke apa ke, itu perkara kat mana2 pun boleh berlaku...termasuk yg lu cakap kat IPTA dan yg seantero dengannya. Kekadang tu jadi pensyarah lagi mudah kerja. Berani lu nafi?? Apa yg wa nak cakap ni ialah kerja di Malaysia adalah berdasarkan SIJIL (termasuk lah ijazah dan yg senatero dengannga). Kalau lu ada hanya PMR/SPM, maka berapa gaji yg lu dapat?? dah tentu lah tahap PMR/SPM tu kan...maka, makin tinggi dia belajar dan makin tinggi sijil yg dia dapat, maka lagi tinggi lah gaji yg dia dapat! Itu lah isu yg dipertikaikan, bukannya pasal ngajar sambil duduk ke, mencangkung ke. Ini berlainan dengan negara barat yg membayar gaji mengkut KEMAHIRAN. Di barat kalau lu mahir walaupun x ada sijil, lu boleh dapat gaji berpuluh2 ribu walaupun keja dengan kerajaan...kat Malaysia ada macam tu?? Dah tentu lah x ada!! So, dari apa yg lu cakap tu wa setuju, tapi sekiranya wa dan lu berada di Amerika lah!!! Wa rasa kelakar pulak lu dok berhujah berjela2, tapi tak tau apa menda yg lu cakapkan!. Berani lu nafikan?????? Silakan...

January 5, 2010 at 10:44 AM  
mendewa said...

Tuan Musang09,

Bersyukurlah apabila nasib dan usaha-usaha memartabatkan profesion perguruan masih mendapat perhatian hingga sampai ke parlimen.

Usaha-usaha menambahbaik sistem perguruan perlu disokong. Tidak ada masalah yang tidak boleh dirungkaikan. Semua perkhidmatan berhadapan dengan masalah pengurusan sumber.

January 5, 2010 at 7:49 PM  
BapakMusang2010 said...

Mendewa,

Saya sokong 120% cakap mendewa. Yg guru mengajar sambil mencangkung ke, duduk ke, masuk lewat ke...itu ialah masalah pengurusan sumber manusia dan perkara ni boleh berlaku kat mana2 jabatan pun. Benda ni tiada kaitan dengan tahap sijil yg mereka dapat pun. Kita juga ada hak untuk membuat tuntutan kenaikan gaji berdasarkan sijil yg kita ada. Cuma sekiranya ini berlaku, akan mendatangkan masalah kepada kementerian sebab nanti jabatan2 lain juga akan membuat tuntutan sedangkan tahap gaji yg mengikut sijil sekarang ni hanya berlaku di IPTA/IPTS/syarikat2 swasta je. Harap paham Si Musang09...

January 7, 2010 at 7:14 AM  
musangman said...

To Bapakmusang2010sial...
Tq sebab setuju dengan pendapat wa. Maknanya isu yang wa utarakan tu ada rasionalnya. Pada wa, bukan wa yang tak faham sistem kerja dan gaji kat malaysia ni, tapi lu yang tak faham. Kat Malaysia, khususnya dalam sektor awam 2 kelulusan yang penting/diambilkira iaitu SPM dan Ijazah SarjanaMuda. Masters ke PHD ke, tak diambilkira (kecuali sebagai pensyarah di IPTA. Dari komen lu, wa dapati lu masih berfikiran zaman Tun Razak dan Tengku Abd Rahman le. Wa ingat kalau semua warganegara Malaysia macam lu, nescaya semakin ramai warganegara yang bangang bodoh akan dihasilkan. Ambik le fikiran wa tu sebagai positif dan cabaran untuk lu (sama macam wa juga)

Orang kata siapa makan cili dia yang akan terasa pedas. Adakah lu guru yang selalu mengajar sambil duduk saja? Atau lu adalah guru yang hanya mengajar tanpa memikirkan pelajar faham apa yang lu ajar kan?

Sesiapa jua akan gembira kalau mendapat imbuhan, termasuk naik gaji. Tapi kita bekerja bukan semata-mata untuk gaji, bukan? Kalau lu fikir kualiti tak penting, lu silap. Lu tertinggal jauh daripada hasrat akar umbi (rakyat biasa) dan kepimpinan negara.

January 13, 2010 at 9:17 AM  
musangman said...

To mendewa...
Tq atas respond lu. Ya memang kita perlu berterima kasih dengan pihak yang memperjuangkan untuk memartabatkan profesion perguruan. 'Kemartabatan' profesion perguruan tidak hanya bergantung kepada kenaikan skim gaji saja. Sebagai guru, kita kena buktikan bahawa kita memang mempunyai martabat dengan mengajar bersungguh-sungguh, dan dengan cara yang berkesan. Right?

January 13, 2010 at 9:25 AM  
BapakMusang2010 said...

musang,

wa x tau lah lu paham ke tak apa wa cakap tu...wa pikir lu buat2 x paham je sebab malu kot main cakap sembarono je... ada 2 point yg wa cakap skrg ni: 1) Kerja kerajaan di Malaysia ni adalah berdasarkan sijil 2)mengenai human resource managment. Lu paham x apa yg lu cakap tu adalah berkaitan dengan hrm?? hrm tu boleh berlaku di mana2 saja ok??? tolong lah paham....pleasee (siap merayu ni).... jangan dok membodohkan org je semata2 untuk bg org lain nampak kita cerdik! kalao org lain mungkin lu boleh kelentong, tapi ini BapakMusang lah be....

January 14, 2010 at 7:19 AM  
musangman said...

Ha! Ha! Ha! Wa ingat ulasan lu memang lawak antarabangsa le. Pendek kata, kalau mangsa runtuhan/gempa bumi kat Haiti bacapun depa boleh ketawa.

Wa ingat lu tak faham tapi lu ingat wa tak faham. Wa nak sampaikan mesej lain (dari pandangan pihak atas) tapi lu dapat mesej lain.

Jangan ingat bila lu ambik satu paper HRM lu ingat lu dah bagus. Memang le lu bagus sebab dah ada Master atau PHD, tapi lu ingat wa cokia sangat ke?

Wa ada belajar HRM satu paper, wa belajar setiap bidang dalam HRM banyak paper - latihan dan pembangunan, pampasan, penilaian, pengrekrutan dan sebagainya. Tapi yelah...wa tak sepandai lu [pandai temberang saja].

Whatever, wa cuma dah berbalik kepada isu pokok. Wa tak tolak kalau guru sarjana/PHD nak diberi insentif. Cuma sebagai guru sarjana lu kena juga fikir, apa erti sarjana kalau tahap P&P kita masih di takuk lama, kalau tahap pemikiran kita masih di takuk lama, kalau perangai kitapun masih di takuk lama. Salah ke kalau gesaan wa ke arah tu. kalau salah, memang 'kepala takuk' lu lah.

January 16, 2010 at 12:24 AM  
BapakMusang2010 said...

Musang...musang...kalau dah namanya musang, mmg bau 'jebat' tak kan hilang. Apa yg lu ckp tu mmg x da kesudahan lah musang, sebab yg lu ckp tu mengenai sikap guru. Kalau mcm tu napa lu x pegi persoalkan sikap pensyarah2 yg ada Phd, prof dan sebagainya, malah bapak2 menteri yg gaji/insentifnya jauh lebih tggi drp guru! Berapa lah sangat gaji guru ni kalau nak dibandingkan dgn mrk... yg diminta oleh NUTP/guru tu hanyalah insentif yg mungkin hanya lebih 2/3 tangga kenaikan je dan bukannya gaji betul2 dengan kelulusan master atau phd. Lu cuba kembangkan lah skit minda dan kepala otak lu yg wa pikir sudah berkulat/berlumut tu....

January 16, 2010 at 9:28 PM  
musangman said...

Pak Musang2010 ya maulana...
Wa tak kata wa tak sokong guru sarjana dan PHD diberi insentif. Boleh diberi insentif tapi tingkatkan kualiti dulu. Susah nak paham ke?

Wa bicara pasal guru sebab ini blog memang untuk membetulkan guru yang bermasalah. Kalau lu fikir (dan orang lain fikir) lu bukan guru tak bermasalah, laman ini tidak sesekali menghentam lu.

Usaha picisan wa ni walaupun nampak zalim (tak zalim sebenarnya), tapi tujuannya adalah untuk menyedarkan guru-guru 25hb semata-mata. Itupun tak boleh? So, lu nak wa sokong saja apa yang berlaku?? Kita naik gaji depapun naik gaji, kita dapat anjakan, depapun dapat anjakan. Gitu?

January 18, 2010 at 10:37 PM  
BapakMusang2010 said...

Baik lu betulkan dulu diri lu sendiri sebelum nak betulkan diri orang lain... tak ke gitu?? wa sedikit pun x terasa, tapi wa cuma suka berdebat!. Kalau semua org asyik menyokong cakap lu je, so siapa yg nak bangkang kan?? x syok lah kalau ini macam beb..... kah3.

January 20, 2010 at 10:14 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum