Monday, January 25, 2010 at 3:29 AM |  
Intro dari wa :Bila wa membaca Standard Guru Malaysia, wa fikir standard yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya suatu yang biasa para guru (pada ketika itu bakal guru) pelajari (dan kemudiannya dilupai). Maka pada wa, SGM adalah ingatan semula (refresh) kepada sesuatu 'perkara yang dipelajari untuk dilupakan' oleh ramai guru. Wa juga percaya, sekiranya guru-guru mempunyai standard-standard yang ditetapkan, mereka adalah guru cemerlang, walaupun tidak mendapat title Guru Cemerlang. Berikut adalah Standard tersebut.


STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.


STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN


Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:


S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.


Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.




S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.




S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.


STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.


Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:


S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.


S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.


S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.


S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan


S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.


S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.


S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.


STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.


Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:


S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.


S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.


S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.


S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Wa kata yang betul: musangman Labels:

3 comments:

sangkancil said...

Salam Sejahtera Datuk Musang...
Pertama kali hamba fikir hamba bersetuju dengan tuan hamba. Memang relevan bukti yang datuk musang kemukakan bahawa guru yang hanya pandai dalam P&P, tapi misai sendiripun tak terurus dan masuk dalam mulut, atau guru yang yang berjaya dalam P&P tetapi rancangan mengajar hanya buat setahun sekali...bukannya guru yang menepati standard guru malaysia, apatah lagi guru cemerlang. Mereka mungkin menepati standard guru tuisyen malaysia saja kot. Kih3!

January 25, 2010 at 10:09 AM  
BapakMusang said...

Sangkancil pun ada? Ni mesti kwn Sang Musang ni. Tak kira, mana yg berkawan dengan musang mesti aku hantam lumat2!!. Woi kancil, lu jelous sangat ke dengan mereka yg dapat GC tu?? Lu keja macam taik, so mcm mana org nak bag GC? Bila org lain dapat lu mula nak tunjuk muka x puas hati!!!! Manusia ke apa lu nih? ke datang dari planet mana ni....

February 2, 2010 at 7:42 AM  
sangkancil said...

BapakMusang yang budiman...
Aku jealous kat GC? Ceh, nak jealous apa sebab akupun GC juga. Awak tu menghentam tanpa usul periksa. Yang baikpun dihentam. Untuk apa? Untuk memenuhi ego? Malam sikit beb.

Kesimpulannya : Guru perlu meletakkan diri mereka di atas standard guru malaysia.

February 3, 2010 at 5:19 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum