Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran

SAYA merujuk kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom yang menyarankan supaya guru menerima saja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru. Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui mengenai bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas.

Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru sepuluh kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah kita. Inilah yang menimbulkan rungutan guru. 


Apabila proses pengajaran dan pembelajaran terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dalam masa dan tenaga yang terhad.

Tugas perkeranian ini bukan saja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia mengelabui mata pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran daripada kalangan guru yang juga orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik dilonggarkan.


Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik.

AKMAL FAIRUZ,
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA)
Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.


Komen Wa:  
1.Bagi wa, hanya pendidik yang sesuai menjadi pentadbir dalam pendidikan. Ini guru jenis apa...nak mengajar aje, sedangkan pentadbiran hendak diserahkan kepada orang lain. Lu ingat kalau pihak lain mentadbir, kerja-kerja di sekolah semakin baik dan licin ke? Potong jambul wa lah kalau ia jadi semakin baik, malah wa percaya makin cacau merba. Lu tengoklah apa yang berlaku di pejabat tanah yang diuruskan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Lu ingat  kat sana tak banyak kes permohonan tanah yang tertunggak ke? Lu ingat mangsa banjir boleh dapat bantuan serta merta ke? Lu ingat lu ingat lu ingat lu ingat....

Bagi wa hanya pendidik yang sesuai menerajui dunia pendidikan. Kalau berlaku mana-mana masalah di kalangan pentadbir itu bukan kerana salah pendidik (umum), itu silap mana-mana individu yang melantik individu yang salah.




2. Benarkah tugas-tugas perkeranian menyebabkan guru kurang memberi fokus terhadap P&P mereka? Wa fikir isu ni isu kecil. Pada wa, kerja-kerja perkeranian tu hanyalah kambing hitam yang dijadikan senjata oleh sesetengah guru untuk menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan P&P. Apa dia kerja-kerja perkeranian yang dibuat oleh guru? Ambil attendance pelajar? Kutip yuran? Menyelia fail panitia? Mengindahkan kelas? Menghantar surat amaran? Besar sangat ke kerja-kerja macam tu?


Wa tak setuju langsung dengan hujah yang diberi oleh Sdra Akmal ni. Itu semua hujah penipu dan tolonglah jangan jadi seperti sesetengah orang politik yang tahu dia berbohong, tahu orang tahu dia berbohong tapi masih tetap nak berbohong.Kalau difikirkan secara rasional dan ikhlas, apakah kerja-kerja perkeranian yang dibuat oleh guru? Adakah benar tugas-tugas perkeranian terlalu membebankan guru sehingga menyebabkan proses P&P terabai? Wa percaya kalau kerja-kerja perkeranian tersebut telah dikurangkan atau ditiadakan, tahap pelaksanaan P&P kebanyakan guru tetap sama macam ketika mereka kononnya dibebankan oleh tugas-tugas perkeranian. Mungkin masa itu, untuk menutup kelemahan dan kepemalasan mereka, maka perkara lain akan dikambinghitamkan. Mungkin kalau tiada apa-apa yang boleh menjadi kambinghitam, penyapu dalam kelas, atau kipas dalam kelaspun akan dipersalahkan.


Kalau cakap wa bohong, tunjukkan pada wa kerja yang susah dilakukan oleh guru....


Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum