Saturday, February 13, 2010 at 12:51 PM |  
Isu guru menampar atau melempang murid kembali hangat disensasikan oleh pihak akhbar dalam bulan Februari ini. Kes pelajar tingkatan dua menerima amukan guru di Kota Baharu yang dilaporkan oleh harian Metro misalnya, turut sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif kepada kerjaya keguruan.


KOTA BHARU: Kerana mengeluarkan perkataan ‘celaka cikgu’, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, trauma selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘amuk’ seorang guru dalam kejadian pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikatakan baru pulang dari tandas sebelum diminta mengeluarkan buku nota oleh guru terbabit. Bagaimanapun, mangsa yang belum sempat berbuat demikian tergamam apabila guru berkenaan secara tiba-tiba menarik kerusinya hingga terjatuh sebelum menarik baju serta mencekik bahagian mulut dan belakang lehernya.

Difahamkan, guru yang mendakwa terdengar mangsa mengeluarkan perkataan biadap itu kemudian merotannya sebanyak dua kali sebelum guru besar tiba ke kelasnya.


Wa percaya jika persoalan wajar atau tidak guru tersebut bertindak sedemikian diajukan kepada warga guru (terutamanya guru lelaki), nescaya 99.99% daripada mereka akan menjawab “kalau aku, akupun akan lempang (tampar) pelajar tersebut. Kurang ajar sangat.” Bahkan wa percaya akan ada jawapan “kalau aku bukan setakat lempang, penerajangpun akan singgah kat muka pelajar tersebut.”


Dari sudut perundangan, tindakan tersebut memang SALAH. Mana ada kebenaran mana-mana guru melempang pelajar mereka? Mungkin ramai yang berhujah guru tersebut di provoke yang menyebabkan mereka hilang kawalan diri. Kalau kes ini benar-benar ke mahkamah, kita nantikan keputusannya.


Kebetulan pula, beberapa hari yang lalu, member setugas isteri wa ada mengadu pada wa akan hal anaknya kena tampar oleh seorang guru di sekolah sampai merah dan ada kesan di pipi. Untuk pengetahuan, anak member isteri wa ni bersekolah di sebuah sekolah rendah dan sebab mengapa dia mendapat hadiah penampar tersebut adalah kerana dia tidak membuat kerja sekolah (rumah). Oleh kerana wa juga adalah guru, wa cadangkan kepada member isteri wa tadi supaya pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar dan guru yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Nasihat wa nampaknya diikuti. Walau bagaimanapun wa tidak pasti sama ada perkara tersebut dapat diselesaikan atau tidak. Atau mungkin akan berlanjutan ke mahkamah juga.


Isu guru menampar murid nampaknya tidak pernah kunjung padam. Wa tercari-cari juga sebab musabab mengapa sebahagian guru mempunyai hobi (menampar murid) nan satu ini. Mungkin kerana ramai guru berdarah pahlawan macam wa. Bezanya, mungkin mereka fikir dengan tiket mempunyai darah pahlawan, mereka boleh buat apa saja pada murid-murid mereka. Pahlawan kangkong memang suka berlawan dengan budak-budak tanpa memikirkan tindakan itu memalukan atau tidak.


Mungkin juga mereka terlalu menghayati peranan guru ‘sebagai penganti ibu bapa’ di sekolah. Mereka ini fikir peranan ibu bapa yang paling penting ialah bagi penampar kat anak-anak. Hal ini mungkin disebabkan dari pengalaman lalu mereka yang asyik menerima pelempang daripada ibu dan bapa mereka apabila melakukan sesuatu kesalahan, tak kira kesalahan kecil atau besar.


Mungkin juga sebahagian guru ini menerima ajaran sesat semasa di universiti atau maktab dulu. Antara ajaran sesat tersebut adalah guru perlu garang untuk mendisiplinkan pelajar mereka. Kalau kelas bising, bagi pelempang kat seorang, nescaya satu kelas akan senyap. Mungkin teori ini berjaya pada era Pop yeh yeh (1970an), dan era Rock (1980an), tetapi di era 2010 ni rasanya akan ramai guru naik turun ke mahkamah.


Mungkin juga sebahagian guru ini memang menghidapi penyakit pelbagai personaliti. Misalnya kadang-kadang guru ini walaupun sedang mengajar tetapi dengan tiba-tiba personalitinya berubah menjadi seorang pengusti (wrestler). Walaupun hakikatnya guru tersebut sedang berhadapan dengan seorang pelajar tingkatan 1 misalnya, namun pada guru ini mereka terperasan sedang melawan John Cena, Randy Orton, Shawn Michael, Triple H, atau Undertaker. Lalu…kena le penampar bertalu-talu atau sebarang gaya penamat para pengusti tersebut kepada pelajar tersebut. Kesian.


Dan pelbagai kemungkinan lain yang menyebabkan tindakan tersebut berlaku…


Bagi sesetengah warga guru mungkin tidak bersetuju dengan pandangan wa. Mereka dengan sepantas kelajuan cahaya (ikut istilah cerita Star Trek) akan menyalahkan pelajar apabila timbul kes guru melempang pelajar ini. Pelajar hari ini kurang ajarlah. Pelajar hari ini teruklah. Pelajar hari ini lain macamlah. Pelajar hari ini dimanjakan oleh ibu bapalah. Kemudian mereka mungkin akan menyalahkan ibu bapa kerana terlalu ‘memanjakan’ anak-anak mereka. Mereka akan kata ‘ibu bapa sekarang sikit-sikit ke sekolah, sikit-sikit ke balai polis buat laporan.’ Bagi wa apabila anak-anak dilempang atau ditumbuk, itu bukan hal ‘sikit-sikit’. Itu hal besar. Memang tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka daripada perlakuan yang kurang dan tidak wajar. Guru perlu menjadikan pelbagai tingkah laku anak-anak didik sebagai cabaran. Allah memang menjadikan manusia (termasuk anak-anak murid) dengan pelbagai ragam. ‘Anak-anak adalah dugaan bagi ibu bapa’. Guru-guru perlu faham hakikat ini. Dugaan bagi ibu bapa, turut bermakna dugaan bagi para guru. Kalau semua anak-anak dilahirkan secara terus pandai, terus baik, terus berdisiplin, maka tidak perlulah lagi dunia ini akan kerjaya keguruan. Buat apa kerajaan membayar gaji guru berbillion ringgit setahun jika anak-anak kita memang sudah menjadi ‘insan yang kamil’ sedangkan guru tidak berperanan, lantaran anak-anak telah dilahirkan terus baik atau terus pandai.


Sebagai guru, wa juga bukan mandul. Wa ada anak. Wa juga tak rela anak-anak wa ditampar sewenang-wenang oleh rakan-rakan guru yang lain dan di sekolah lain. Kalau salah, hukumlah dengan hukuman yang wajar, setimpal dan ikut peraturan, seboleh-bolehnya berbentuk pengajaran. Anak wa bukan punch bag sesiapa yang nak melepas geram. Mungkin guru yang suka melempang (menampar) anak murid hatta disebabkan kesalahan kecil ini juga rela anak-anak mereka dilempang oleh guru (orang) lain jika melakukan kesalahan, walaupun hanya satu kesalahan kecil. Wallahualam.
Wa kata yang betul: musangman

7 comments:

demanglebardaun said...

Salam bang...
Kenapa abang terlalu kritis kepada golongan guru? Adakah abang ada masalah dengan mana-mana guru? Apa jawatan abang kat sekolah? Adakah abang kecewa sebab tak jadi ketua bidang, GPK atau Pengetua, malah hanya dilantik sebagai Setiausaha 3K sahaja?

February 14, 2010 at 11:10 PM  
musangman said...

Datuk Demang...
Wa buka kritis, bukan kecewa dan bukan dengki kat mana-mana guru. Apa yang wa tulis adalah yang benar-benar berlaku di sekolah.

Ada sebahagian guru sebenarnya tidak berjiwa guru dan tak layakpun jadi guru. Lu setuju dengan wa?

February 15, 2010 at 10:23 AM  
Farah said...

Pendapat saya utk kes pertama, tak kisah la org tu status murid atau orang awam. Kalau dia memang nak carik gaduh dimulakan dgn "cilaka kau", saya tampar je dia.

Tapi utk kes kedua, kalau takat tak hafal sifir, homework tak siap dll, TAK WAJAR dilempang.

February 22, 2010 at 5:19 PM  
BapakMusang said...

Aloo...musang, Gong Xi Fa Chai....
Wa harap ini tahun rimau banyak lg guru garang2 ooo...mcm rimau jugak!.

Tapi mengenai pendapat lu td ah, wa pikir lu ni mcm guru kaunseling je wlupun wa rasa lu bukan kaunselor pun sebenarnya. Wa berani cabar lu untuk mengatasi masalah disiplin bg bebudak yg trouble maker kt sek. Wa rasa lu akan kalah teruk kalau sekadar tau cakap macam tu je. Kalau lah wa ada statistik perbandingan antara pendekatan yg digunakan oleh kaunselor dan guru disiplin dalam mengatasi gejala disiplin kt sek kan bagus. Tp wa fikir kaunselor akan kalah teruk. Pendekatan oleh kaunselor mesti memerlukan masa yg panjang dan mungkin terlalu panjang untuk mendisiplinkan budak berbanding dengan guru disiplin yg selalu lemapang dan rotan pelajar dan hanya memerlukan masa yg singkat untuk mendisiplinkan pelajar. Lu jangan pikir dendam pelajar selepas tamat persekolahan lah, itu dia punya pasal lah nak dendam ke nak apa ke...yg penting bg wa ialah suasana mesti aman di sekolah!. Itu yg paling penting... kalau stakat guna pendekatan kaunselor dengan nasihat..nasihat...nasihat dan terus nasihat....wa percaya semua sek akan jadi macam sek Hendry Gurney!!.

LEMPANG
Lempang ataupun penampar ni memang berat bunyinya....dan jika kes spt yg pelajar cakap CILAKA KAU tu wa pikir x salah guru tu lempang? Cuba lu pikir di mana darjatnya seorang guru apabila diperkatakan sedemikian??? Di sekolah, kalau pelajar tidak hormat guru, dia nak hormat siapa lagi??? Cuba lu jawab. Kes ni memang kes mmelampau sebenarnya. Kalau wa, wa akan lempang sekali dengan parent budak tu!!!! Tak ada ayat lain ke yg dia boleh cakap....Memang patut sangat kena lempang. Usah cakap atas dasar undang2 ataupun peraturan lah. Berapa banyak peraturan yg lu ikut kt sek? cuba cakap.... jangan menyamar dengan kata2 manis dan elok berlandaskan hukum hakam lah...wa pun cikgu jugak, wa tau apa yg buat kat sekolah...termasuklah org seperti lu. Jangan marahhhh.....

February 23, 2010 at 12:18 PM  
musangman said...

Kalau student 'celaka'kan lu, lu tak boleh celakakan dia balik ke, atau rotan dia? Kenapa mesti nak lempang? Nak memuaskan ego? Hendak melepaskan geram? Kalau macam tu, humban saja student tu dari tingkat tiga. Biar dia mampus. Habis cerita.

Wa tak setuju dengan tindakan guru melempang pelajar. Inilah masalahnya jika guru tidak menghayati makna pendidikan. Inilah masalahnya jika guru berfikir macam pegawai penyiasat polis. Mendidik bukan mudah. Lempang tak menyelesaikan masalah.

Dalam Islam, sabar tu sebahagian dari iman. Sabar ni memang menyakitkan. Tapi dengan sabarlah maka kehebatan seseorang akan terserlah.

Pendidikan adalah proses memanusiakan manusia, dan ia proses perubahan memerlukan masa yang panjang.

Lempang, ambil tindakan, gantung sekolah dan buang sekolah adalah perkara-perkara yang guru (terutamanya guru didiplin) suka buat terhadap pelajar bermasalah. Betul ke dapat menyelesaikan masalah? Itu bukan penyelesaian tapi nak memudahkan kerja mereka saja. So, kalau nak kerja mudah, nak kerja relaks dan tak nak buat kerja tu (mendidik - bukan setakat P&P saja), berhenti saja jadi guru. Membazir saja kerajaan bagi gaji beribu-ribu. Takkan bayar gaji RM3000 sebulan semata-mata nak buang pelajar.

Konklusinya, tindakan guru terhadap pelajar perlu memperlihatkan martabat guru. Kerja tampar menampar ni bukan kerja guru yang berpandangan jauh dan banyak ilmu (kononnya), itu kerja bapak-bapak yang kuat mabuk todi saja. Walau di provoke hebat, bertindaklah dengan bijaksana (rotankan boleh). Tindakan yang diambil perlu berbentuk pengajaran. Jangan sewenang-wenang melakukan kekasaran - ingat pelajar tu bukan lawan kita (kalau nak gaduh, gaduh dengan bapak dia).

February 24, 2010 at 2:28 AM  
BapakMusang said...

Rotan pun x boleh... yang boleh rotan hanyalah guru yang diperturunkan kuasa merotan sahaja. Walaupun istilah semua guru adalah guru disiplin, tetapi kuasa merotan adalah terhad. Ini bermakna secara dasarnya tiada beza pun menampar dengan merotan sebab kedua2nya tidak boleh. Cuba bayangkan kalau tindakan merotan tu dijadikan sebagai melepaskan perasaan ataupun geram kpd pelajar tersebut? Penampar sekali je, kalau rotan tu berkali2...dan berkali2....macam mana? Rasanya lebih teruk daripada skali penampar tu kan?.

Apa yg wa nampak kat sini ialah kegagalan parentnya dalam mendidik anak2. Guru kat sekolah memang tak terdidik semua pelajarnya, pendidik utama ialah parentnya!. So, lu sebagai parent lu didiklah anak2 lu untuk menghormati guru dan org lain terlebih dahulu, nescaya anak lu juga akan dihormati nanti.

February 25, 2010 at 10:36 AM  
musangman said...

Insyaallah...

March 3, 2010 at 11:59 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum