Wa fikir ramai rakan-rakan guru akan bersetuju dengan wa kalau wa kata profesion keguruan merupakan suatu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar. Tapi apa bentuk ‘yang mencabar’ tu wa fikir ramai juga yang tidak boleh menjawabya.Pasti juga ada antara mereka akan tertunjuk bodoh dengan mengaitkan dengan perangai pelajar dan sikap ibu bapa masa kini. Emm wa tak fikir semua guru peka dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan yang mana menjadikan peranan dan tanggungjawab guru masa kini lebih mencabar. Emm bukan semua guru nak ambil tahu tentang pedagogi dan kaedah pembelajaran terkini, kepimpinan instruksional, Blue Ocean Strategy, PIPP, dan Standard Guru Malaysia misalnya. Namun sama ada seseorang itu guru yang komited, atau hanya guru 25 hb, kalau ditanya adakah profesion keguruan itu kerjaya profesional atau tidak, wa fikir ramai akan menjawab profesion keguruan adalah kerjaya profesional. Kerjaya profesional beb. Siapa tak suka kalau dikatakan anda tergolong dalam golongan profesional bro. Naik saham lu bhai. Boleh berlagak siot.


Janet A. Weiss menyatakan, "mengajar adalah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual. Ia memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten dan tidak boleh disamaratakan atau dirutinkan dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan".


Tapi pada wa, kenyataan ini agak berlawanan dengan kerjaya-kerjaya yang lain yang bertaraf profesional (di Malaysia). Ini dapat dihuraikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh Bowman,


Pertamanya, "Ciri utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas. Berdasarkan kepada pendapat ini, individu profesional adalah seorang pakar dalam bidang khusus dan terhad.”


So, adakah guru mempunyai ciri ini? Adakah semua guru mempunyai asas pengetahuan yang kukuh ke berkaitan dengan tugas mereka? Kalau ya, habis tu kenapa masih timbul isu guru GSTT mengajar lebih baik daripada mereka (guru tetap)? Masih wujud laporan pihak JPN, PPD atau pentadbir di sesebuah sekolah tentang masalah guru tidak mahir mengajar. Masih ada ruggutan ibu bapa dan pelajar terhadap guru tidak pandai mengajar. Itu berkaitan dengan P&P (tugas hakiki mereka), tidak termasuk ketiadaan kemahiran melaksanakan aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, beban kerja dan tugas guru sekarang menjadi profesion keguruan dilihat begitu malap dan tidak menarik. Sekolah-sekolah yang dihujani dengan pelbagai beban tugas telah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang tidak terurus. Akibatnya matlamat yang ingin dicapai menemui kegagalan. Ini menjejaskan reputasi profesion keguruan.


Keduanya, "Golongan profesional turut mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan yang bijak yang tidak dimiliki individu lain yang tidak punyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan, " kata Freidson.


Ciri ini juga kelihatan kontra dalam kerjaya keguruan. Guru memang mempunyai kebebasan untuk melaksanakan sebarang cara atau pendekatan dalam p&p, tetapi setakat kaedah yang digunakan oleh kebanyakan guru hari ini, individu bukan guru, termasuklah penoreh getahpun wa fikir boleh mengajar. Mungkin rakan-rakan guru tak setuju dengan wa, tapi ini realiti. Doktor dan peguam misalnya, mana ada orang lain yang boleh buat kerja doktor. Tu sebab juga dalam profesion profesional lain tiada istilah pegawai perubatan tidak terlatih, doktor sandaran, peguam sandaran dan seangkatan dengannya. Profesion keguruan? Emm pantang guru cuti bersalin, ada le guru ganti ni.


Ketiga, “terdapat beberapa ciri lagi yang menunjukkan seseorang itu profesional. Untuk menjadikan profesional seseorang itu sewajarnya bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri. Ini membolehkan keputusan dibuat dengan munasabah dan rasional. Profesional juga memiliki ciri-ciri mengutamakan pelanggan dan melakukan tindakan yang sewajar demi pelanggan.”


Adakah ciri ini ada pada setiap guru? Memang ada, tapi ramai juga yang tiada ciri ini. Ramai yang terlalu mementingkan diri, keluarga dan masyarakat. Pantang dikritik sikit oleh pelajar tentang pengetahuan mereka berkaitan sukatan, ramai yang akan melenting. “Ikut saja apa yang saya cakap. Sayakan guru kamu.” Hujah sempit lagi bengap ini dikumandangkan. Profesionalkah ini? Dalam hal lain pula, segolongan guru pula, pantang demam sikit (hatta pening kepala sebab berembun mengeteh malam tadi), mc saja. Pantang pelajar buat salah sikit, waima pelajar cuma bercakap-cakap, mereka akan didenda, daripada hukuman enjut ketapi warisan Tok Kadok sampailah ke hukuman penampar. Profesionalkah itu? Itukah objektif, adil dan tidak mementingkan diri? Kalau diberi tugas dalam sesuatu program pula, ramai juga yang cuba-cuba mensabotaj dengan melaksanakan tugas yang diberi sambil lewa. Tujuannya supaya si anu tu kelihatan gagal menguruskan program tersebut, dan markah prestasi si anu tu rendah (dengan anggapan prestasi mereka tinggi dan dapat anugerah APC misalnya).


Keempat, “Profesional juga mempunyai rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Mempunyai struktur kawalan yang jelas juga merupakan ciri profesional. Kepakaran yang ada berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang di perolehi adalah melalui latihan yang panjang.”


Haa, bab ni wa fikir sebahagian guru kena kalah teruk le. Langsung tak profesional. Tak ramai rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten sepenuhnya. Tu jenis ngajar ikut buku teks saja. Lari sikit je dari kandungan buku teks, blur habis. Ada tu jenis yang bijak dan banyak ilmu dalam kepala, tapi gagal mempermudahkannya untuk memahamkan pelajar. Ada tu jenis ego dan hanya tahu menyalahkan pelajar. “Itupun mereka tak tahu.” “Pelajar kat sekolah ini lemahlah.” “Pelajar kelas tu satu bendapun tak tahu.” Itu antara hujah yang sering kita dengar apabila guru-guru membuat post mortem. Yang salah, yang lemah semua pelajar. Guru semua hebat. Hakikatnya, dari kajian, pendekatan dan cara guru mengajar berkadar langsung dengan pemahaman (serta lulus periksa) pelajar. Tu berkaitan P&P. Pengetahuan tentang perkhidmatan juga ada yang zero tahap mangkuk le. Lu tanya le pasal pekeliling-pekeliling penting, sampailah ke bab claim, langsung tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Profesionalkah guru itu? Berkaitan integriti juga sebahagiannya boleh dipersoalkan. Ramai yang jenis tahu bercakap tapi tak tahu nak buat. Ramai guru yang kalau berdebat kisah penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa ahli politik (terutama pemimpin UMNO), bukan main hebat, kira setanding le dengan Mohamad Sabu. Hakikatnya, guru jenis yang berdegar-degar bercerita tentang penyelewengan dan rasuah ini juga jenis menuntut 10% dari pembekal. Mereka juga jenis yang tak pernah menanda buku dan latihan pelajar, lambat dan suka tuang kelas, suka menghasut pelajar supaya membenci pemimpin dalam kelas, memutarbelitkan sejarah, dan suka menyelewengkan peruntukan PCG dengan membeli perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh pekeliling dan garis panduan penggunaan PCG, dengan alasan teknikal kononnya. Selain itu, ada sesetengah guru suka mengadu domba, tikam belakang sini, tikam belakang sana, bodek sana, bodek sini, dengan harapan nama mereka akan up dan mereka akan naik pangkat. Profesionalkah itu?


Jika dilihat kepada ciri latihan dan persediaan untuk menjadi seorang guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan program Diploma Perguruan dimana bakal-bakal guru dilatih dan dibimbing melalui Institut Pendidikan Guru yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan. KPM juga mengadakan Program Pengsiswazahan Lepasan Sijil Pelajaran yang boleh membantu memartabatkan profesion keguruan sebagai profesional. Namun kita jangan lupa, adakah kepakaran melalui latihan itu menepati ciri-ciri profesional? Bagaimana KPM boleh melantik individu menjadi guru melalui jawatan Guru Sandaran Tanpa Latihan (GSTT)? Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)? Kursus Perguruan Dalam Cuti (KPDC)? Program atau kursus ini telah hampir menafikan profesion keguruan sebagai profesional.


Ciri yang terakhir bagi profesional ialah mempunyai satu kod etika yang memandu aktiviti mereka. Kod etika ini digunakan untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam. 

Profesion keguruan memang mempunyai kod etika, dan kini Standard Guru Malaysia. Namun ia hanya garis panduan saja, sama dengan Etika Amalan Perniagaan. Tiada badan yang mewakili badan profesional (profesion keguruan) yang boleh mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana ahli yang melanggar kod etika tersebut. Profesion profesioal lain, misalnya Majlis Peguam berkuasa untuk menarik balik lesen guaman para peguam yang didapati melanggar kod etika. Begitu juga dengan Majlis Perubatan Malaysia. Guru? Emm ada KPPK je. Itupun ramai guru yang tak jadi ahli. Tu sebab walaupun ada guru yang gila kat sekolah, lari dari sekolah, selalu mc, terlibat dengan ajaran songsang Ayah Pin, penagih dadah, tak tau mengajar, ditangkap berkhalwat, bercinta atau meraba pelajar sendiri dan melakukan pebagai bentuk kesalahan, mereka masih sukar disingkirkan, bahkan memakan masa bertahun-tahun sebelum dapat ditamatkan perkhidmatan...

Kesimpulannya, pada wa, profesion keguruan adalah profesion yang masih tidak profesional (cuma kategori perkhidmatan DG41 ke atas tu dikelaskan sebagai Pegurusan dan Profesional). Dalam profesion lain yang diiktiraf sebagai profesional, ciri-ciri sebagai profesional ini amat dipelihara. Kumpulan-kumpulan ini dijadikan sebagai "pengamal", umpamanya doktor digelar "pengamal perubatan" dan peguam sebagai "pengamal undang-undang". Adakah profesioan keguruan diiktiraf sebagai "pengamal pendidikan"? Ciri ini juga dengan jelas juga menafikan profesion keguruan sebagai profesional.
Wa kata yang betul: musangman

3 comments:

Anonymous said...

sebagai seorang guru..ambo setuju benor...tak salah suma tu...masalah dalam p&p ni..kadang2 sebab skolah bagi subjek yng bukan bidang dio..cam ambo...ambo pro dalam pjk/sivik..gi ngajor..sruh ngajor matematik...dh ambo kena bukak balik buku...pedagogi pe suma tu..xde masalah laa...suma nye berkait...trima kasih sebab wat kenyataan ni..bagus..teruskan usaha mu ni...

August 31, 2010 at 2:56 PM  
Anonymous said...

aku suka bonar ekau punya komen ni..banyak membantu dalam asingment aku..tq beb..

August 31, 2010 at 3:30 PM  
Anonymous said...

fuhh!!!
guru bukan kerjaya profesional..tp guru yg melahirkan golongan profesional

September 18, 2010 at 3:02 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum