Di sekolah wa, keputusan SPM yang keluar semalam mengundang pelbagai reaksi lazim daripada calon-calon SPM tahun lepas. Dari pemerhatian wa, di sekolah wa, dalam konteks reaksi menerima keputusan peperiksaan SPM, terdapat tiga jenis pelajar. Golongan pertama adalah golongan pelajar yang gembira dan puas hati dengan result yang mereka perolehi. Mereka ini terdiri daripada pelajar yang berdedikasi dan mendapat keputusan cemerlang. Golongan kedua, pelajar yang bersedih dan tidak berpuas hati dengan result yang mereka perolehi. Sebahagian daripada kelompok ini terdiri daripada pelajar yang berdedikasi dan berusaha tetapi masih mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang. Mungkin ini dugaan dan ujian kepada mereka. Sebahagian lagi daripada kelompok ini adalah pelajar yang tidak berdedikasi. Mereka kecewa kerana mendapat result tersebut tanpa menyedari bahawa dengan usaha mereka selama ini, mereka sebenarnya memang layak mendapat result tersebut. Golongan ketiga pula adalah pelajar yang tiada reaksi langsung terhadap keputusan SPM mereka. Mereka ini adalah golongan pelajar yang tidak mahu berusaha dan datang ke sekolah sebagai memenuhi syarat untuk mendapat duit saku daripada ibu bapa atau mengelak daripada membuat kerja di rumah. Kalau le sesebuah sekolah mempunyai ramai pelajar kategori kedua kelompok kedua dan kategori pelajar ketiga, wa fikir guru-guru yang berdedikasi di sekolah tersebut pasti akan merana.


Namun syukurlah, guru-guru sekolah wa masih mampu tersenyum kerana kebanyakan prestasi mata pelajaran meningkat, termasuklah mata pelajaran wa. Keputusan sekolah juga meningkat kepada 97.8% kerana peratusan mata pelajaran Bahasa Melayu sebanyak itu.


Ok wa tak mahu ulas panjang bab tu. Wa cuma nak berkongsi tentang gelagat guru kat sekolah wa sempena keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini. Wa ingat sama juga dengan sekolah lain kot. Wa lihat sebahagian besar guru (yang mengajar subjek dan kelas peperiksaan) kadang kala lebih komited daripada calon SPM itu sendiri. Pada wa, guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan memang teruja dengan result pelajar mereka. Inilah uniknya profesion keguruan kerana kehebatan seseorang guru kerap diukur oleh masyarakat melalui apa yang diperolehi oleh pelajar mereka dalam peperiksaan. Maknanya, kalau pelajar ramai yang fail, masyarakat turut akan automatik menanggap guru tersebut tidak pandai mengajar, walaupun hakikat sebenarnya mungkin lain. Bukan semua guru rela dan sukakan cabaran tersebut. Bagi guru yang sukakan cabaran, membantu menghasilkan result pelajar yang baik adalah suatu cabaran yang menyebabkan sebahagian mereka tak boleh tidur lena menunggu result tersebut keluar, dan perasaan gembira dan puas terjelma  apabila anak didik mencatat result yang baik. Perasaan tu hanya guru tersebut sahaja yang tahu. Guru-guru kategori yang tak bertelur (berbiji), yang terer mengelak untuk mengajar kelas peperiksaan, atau guru yag sanggup menangis merayu apabila diarahkan mengajar mengajar kelas peperiksaan, atau guru opsyen melukut di tepi gantang macam PJK dan PSK [Wakaka wa gurau saja] mereka tak akan tahu. Nak tahu perasaan itu, lu ajarlah kelas-kelas peperiksaan.


Bersempena dengan keluarnya keputusan peperiksaa SPM tu hari, wa betul-betul kagum dengan seorang guru, rakan setugas wa juga le. Wa bukan jenis guru pelupa. Wa juga bukan jenis suka buat-buat lupa [tu sebab wa kalau pinjam barang guru atau orang lain, mesti wa pulangkan, tak macam kebanyakan rakan guru di sekolah wa yang asyik memunya barang orang lain]. Masih terbayang jelas di ingatan wa, dalam mesyuarat audit akademik selepas tryer tahun lalu, guru tersebut membentangkan prestasi dan post mortem yang telah dilakukan untuk mata pelajaran beliau. Apabila ditanya oleh Pengetua tentang prospek calon yang mendapat A bagai mata pelajaran beliau, beliau kata “saya ingat tak ada sesiapapun kot. Tak ada yang konsisten dan maintain dapat markah 70% ke atas.” Emm dari rekod sekolah, semenjak SPM terbuka diperkenalkan, memang mata pelajaran yang dia ajar tidak pernah ada pelajar yang mendapat A, lantaran mata pelajaran beliau itu diambil oleh pelajar sederhana dan lemah. Dengan kombinasi pelajar lemah dan sederhana yang mengambil subjek tersebut dan sikap dan pemikiran terlalu negatif rakan wa tu, memang sesiapapun akan kata PATUTlah keputusan subjek dia macam tu. Ayat-ayat seperti "susahlah pelajar ni..." "Tak payah buat, mesti diorang tak datang punya.." atau "Pelajar sekolah ni memang teruk..." sentiasa bermain di bibir beliau, sehingga tanpa disedari rakan-rakan guru melabel beliau sebagai 'cikgu teruk'.


Tapi baru-baru ni. apabila ada 5 orang pelajar mendapat A bagi mata pelajaran dia, lain pula respon dia. Sama ada di depan Pengetua, atau di hadapan rakan-rakan guru lain dia kata “Aku dah jangka dah. 5 orang tu memang pelajar harapan aku. Bla...bla..bla (menceritakan kehebatan dia mengajar)” Ceh, tetiba wa naik meluat. Poodahlah. Hairan wa, dia ni jenis manusia guru atau manusia tikus (politikus). Itu yang wa betul-betul kagum dengan dia. Betul-betul kelas punya lakonan dia. Bagi wa, itu cuma nasib, lalunya hantu kali. Apa le punya malang punya pelajar daa dapat guru macam tu. Kalau betul dia betul-betul push pelajar dan menaruh keyakinan yang pelajar tersebut boleh mendapat A, wa fikir tentulah respon dia lebih positif dulu.


Whatever, macam-macam punya jenis orang (guru)pun ada…..
Wa kata yang betul: musangman

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum